Demi Prinsip Hidup, Lelaki Ini Dah 45 Tahun Angkat Sebelah Tangan

Tambah ke Sumber Pilihan
Demi Prinsip Hidup, Lelaki Ini Dah 45 Tahun Angkat Sebelah Tangan

Seorang lelaki di India kekal mengangkat tangannya sejak lebih 45 tahun lalu dan beliau sama sekali tidak ada perancangan untuk menurukannya.

Amar Bharati pernah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, pernah mempunyai kerjaya sebagai pegawai bank sebelum mula mengangkat tangan pada tahun 1973. Bharati memilih untuk mengangkat tangan sebagai simbolik untuk penyatuan umat manusia. Ini adalah prinsip yang dipegangnya dan ditonjolkan beliau sejak sekian lama.


Screenshot 2021 12 12 At 11.06.07 Am

Beliau juga mengabdikan diri kepada agama Hindu yang dianutinya dan percaya perbuatannya itu adalah satu persembahan kepada Dewa Shiva dalam agama tersebut.

Memetik laporan Daily Star, Bharati menghabiskan dua tahun pertama dalam posisi itu dengan rasa yang amat sakit. Namun rasa sakit itu semakin surut sehingga akhirnya beliau hilang deria sentuhan  pada tangan yang diangkatnya itu.

Memandangkan beliau dalam posisi itu terlalu lama, pihak perubatan merasakan suatu perkara yang mustahil sekiranya mereka bercadang untuk mengembalikan tangannya ke posisi normal.

Screenshot 2021 12 12 At 11.06.23 Am

Ada beberapa pihak yang merasakan sekiranya tangan Bharati diturunkan, beliau akan merasakan sakit yang teramat bukan sahaja dari sudut fizikal, tetapi akan melibatkan juga sudut rohaninya.

Sehingga artikel ini ditulis, Bharati masih mengangkat tangannya dan berpegang teguh pada prinsipnya.

Baca: Dakwa Mampu Tenung Matahari Tanpa Berkelip Selama Sejam,  Lelaki Ini Cipta Rekod Baru di India

Screenshot 2021 12 12 At 11.22.40 Am

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Demi Prinsip Hidup, Lelaki Ini Dah 45 Tahun Angkat Sebelah Tangan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/demi-prinsip-hidup-lelaki-ini-dah-45-tahun-angkat-sebelah-tangan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM