in

“Demi Allah saya tiada niat nak racist”- [VIDEO] Muzaffar Jakel Minta Maaf & Jelaskan Cerita Sebenar

Feat 4

Kecoh sekarang isu boikot gedung tekstil terkemuka, Jakel selepas Muzaffar Jakel dikatakan memuatnaik ig story yang berbaur menghina orang Melayu.

Sehinggakan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel tampil membuat permohonan maaf.

Merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan keadaan sebenar, semalam Muzaffar memuatnaik satu video berdurasi lebih 10 minit menjelaskan keadaan sebenar dan pada masa sama memohon maaf kepada masyarakat di luar sana.

 

“Lepas saya up story, ada sorang lelaki Kef** Ramadha** naikkan gambar tersebut di twitternya dengan caption ‘Nantikan kluster Jakel!! i just cannot brain this!!…”

Ini antara kandungan dalam video Muzaffar :

 

1 Mei 2 petang saya post di ig story menunjukkan yang Jakel bakal beroperasi, lepas kerajaan umum kedai boleh dibuka.

Lepas up story, ada sorang lelaki Kef** Ramadha** naikkan gambar tersebut di twitternya dengan caption ‘Nantikan kluster Jakel!! i just cannot brain this!!.

1 1

Saya tak komen apa-apa, tapi beberapa jam kemudian saya buka dm saya, terima ramai orang komen dengan bahasa kesat dan kasar “kenapa nak buka kedai PKP ni” tapi dalam bahasa kasar, siap kata “kau orang Melayu tapi SOP pun tak pandai baca”.

So disebabkan itu saya naikkan 1 story, sebab saya xmampu nak balas…memang betul ayat drp saya, memang saya naikkan dalam keadaan saya tak baik.

2 1

Benda ni diviralkan di twitter, xde isu perkauman..

Saya then buat permohonan maaf di twitter, then ada satu hamba allah, akaun perempuan di facebook, post status ig story saya beserta caption berbaur menghasut dan fitnah, main isu perkauman dan hina orang melayu.

4

 

Bila fitnah ni dah merebak saya tak sempat buat apa-apa dan diamkan, saya demi allah sedikit pun tiada niat main isu perkauman dan racist sebab kami melayu.

Norl**a ni seolah-olah side saya untuk menghentam…

Dengan nama allah saya tak ada bangkitkan isu perkauman, tolong maafkan saya naikkan status main sentimen melayu, tapi saya tak ada main isu perkauman, saya minta orang bantu fahamkan isu ni.

Saya nak minta orang maafkan saya kat luar, dan saya ada buat report atas nama Norl**a, saya buat report kerana berani kerana benar. Kalau salah saya, awak pergi buat report saya tak takut.

5 1

Dan ada account fb, Datuk seri muzaffar syah…itu bukan saya sebab dia guna gambar saya dan tulis ayat tak sepatutnya…

“aku xkisah kalau korang nak boikot..”

Saya minta netizen berfikir rasional untuk faham apa yang berlaku. Kesalahan ni berlaku daripada saya buka syarikat atau ahli keluarga saya.

Kalau tak maafkan saya, marah saya, saya ada instagram, facebook..Saya tak akan hina bangsa melayu, melayu yang majukan jakel.

Kesianlah kat saya, kesianlah kat ahli keluarga saya.

Dengan berkat bulan ramadhan ini saya merendah diri meminta maaf kepada semua orang, maafkanlah saya dan kepada yang memaki hamun saya ahli keluarga saya, kitorang maafkan semua orang.

 

Baca : Saya harap masyarakat maafkan keluarga saya & terus sokong Jakel – [VIDEO] Datuk Faroz Minta Maaf Bagi Pihak Adik

6

 

Sumber: youtube
Sumber: youtube
Sumber: youtube
Sumber: youtube