Sekarang ini di media sosial tengah kecoh berkenaan isu untuk memboikot gedung tekstil terkemuka, Jakel.
Ia selepas tindakan Muzaffar Jakel memuatnaik di Ig Storynya yang didakwa seolah-olah menghina orang Melayu.
Perkara itu jelas membangkitkan kemarahan masyarakat sehingga muncul ‘pakatan’ untuk memboikot Jakel yang umum mengetahui cukup sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Risau dan kecewa dengan situasi tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel tampil membuat kenyataan maaf mewakili adiknya dan keluarga besar Jakel.
“Saya juga terkesan dengan posting tersebut, saya juga marah. Perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham tapi telah ditambah tokok oleh posting-posting yang mungkin tidak berapa tepat sebagainya.
“Saya sebagai Ketua Pengarah Kumpulan dan mewakili seluruh kakitangan dan keluarga Jakel ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi orang melayu kita yang tersinggung dan terkecil hati dengan statement yang telah dilakukan adik saya.
“Memang tidak ada niat untuk merendahkan atau menghina orang Melayu kita, Jakel berjaya dan naik menjadi sebuah gedung yang terkenal dengan sokongan 100% orang Melayu kita juga.
“Jadi masakan saya menghina orang Melayu, tidak tergamak tidak terfikir oleh akan fikiran manusia untuk menghina pelanggan kami yang mana pelanggan kami yang memberi kami rezeki dengan izin allah, takkan lah kita nak hina orang kita.
“Jadi saya harap masyarakat dapat maafkan keluarga saya dan terus menyokong perniagaan jakel.
“Saya benar-benar kecewa dan sedih dalam apa yang berlaku ini…”
Bagaimanapun di ruangan komen dapat dilihat pelbagai reaksi masyarakat berhubung isu tersebut, meski ada yang memaafkan namun ramai yang masih lagi kecewa, terasa, marah dan menjelaskan akan terus memboikot gedung tekstil terkemuka negara itu.
Baca : Yini simua fitenah, tuduhan palsu- Presiden Rohingya Msia Mohon Maaf, Dakwa Terima Ugutan Bunuh!