in

Definisi Sebenar ‘Sweet But Psycho’, Ini Kisah Gadis Cantik Tikam Ibu 151 Kali Tapi Tidak Dipenjarakan.

Gambar Hiasan 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Pakai baju lokap pun lawa’



Itu antara komen netizen selepas melihat video yang tular di media sosial mengenai seorang gadis cantik memakai uniform penjara berwarna oren sambil tersenyum ketika dibawa masuk ke mahkamah.

Video tersebut yang berlatarkan lagu remix Sweet But Psycho nyanyian asal Ava Maxx membuatkan ramai yang teruja untuk mengetahui identiti sebenar gadis itu dan apa yang telah dilakukannya sehingga dimasukkan ke penjara.

 

Definisi sebenar ‘Sweet but psycho’

Untuk korang yang masih belum mengenali gadis cantik dalam video tersebut, nama sebenar gadis itu adalah Isabella Guzman, berusia 25 tahun dan berasal dari Amerika Syarikat.

Sebenarnya, nama gadis ini tidak asing lagi di dalam laporan media terutamanya di negara Uncle Sam itu sendiri dan seluruh dunia, walaupun videonya hanya tular baru-baru ini.

Hal ini kerana Isabella sebelum ini pernah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar dan portal berita pada 2013 kerana terlibat dalam jenayah bunuh.

 

1 7

97803 Isabella Guzman

Tambah mengejutkan, jenayah yang dilakukannya bukan biashe-biashe tau! Berbeza dengan style pembunuh lain yang mungkin melibatkan satu atau dua tembakan dan tikaman, beliau menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza.

 

Kronologi kejadian

Segalanya berlaku pada tahun 2013 atau hampir sepuluh tahun yang lalu di mana beliau telah didakwa dengan tuduhan membunuh selepas menikam ibunya sebanyak 79 kali di muka dan leher.

Kejadian tragis yang berlaku pada 28 Ogos tahun itu disedari bapa tirinya, Ryan Hoy pada suatu malam apabila melihat darah melimpah keluar daripada bilik air rumahnya di tingkat atas.

Selepas membuka pintu bilik air tersebut, Hoy dalam afidavitnya memberitahu dia melihat Isabella memegang sebilah pisau sebelum berjalan terus ke pintu tanpa mengatakan apa-apa kepadanya.

Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka melaporkan ibu Isabella, Yun-Mi Hoy terbaring di atas lantai bersebelahan sebatang kayu besbol. Bedah siasat yang dijalankan kemudiannya mendapati beliau ditikam 31 kali di muka dan 48 kali di leher.

Walaupun cuba melarikan diri selepas kejadian itu, namun Isabella berjaya ditahan pihak berkuasa keesokan harinya dan didakwa atas cubaan membunuh ibunya.

Isabella Guzman 7

 

Bunuh ibu tapi tidak dipenjara?

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya Isabella mengalami gangguan mental kerana ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil. Selepas ibunya berkahwin lain, Isabella sangat marah dan acap kali bertengkar dengan ibunya itu.

Sejak daripada itu, sifat benci Isabella terhadap ibunya dikatakan tidak lagi dapat dikawal dan mendorong kepada punca kematian ibunya. Pun begitu, sehari sebelum membunuh ibunya itu, Isabella dilaporkan telah meludah ibunya dan menghantar sebuah e-mail ugutan yang bertulis..
you will pay’  

Lebih menyeramkan apabila laporan asal menunjukkan Isabella telah menikam ibunya sebanyak 79 kali di muka dan leher, tetapi di mahkamah pada memberi keterangan menunjukkan dia menikam ibunya sebanyak 151 kali, termasuk 35 kali di muka dan 51 kali di leher. Gila ahhh!

Pada perbicaraan terakhir ketika Isabella dihadapkan ke mahkamah, ternyata Isabella Guzman didapati tidak bersalah. Ini kerana, selepas Isabella dihantar ke sebuah hospital kerajaan di Pueblo untuk beberapa rawatan psikiatri, doktor mengesahkan bahawa Isabella didiagnosis menghidap penyakit mental yang dipanggil ‘Paranoia Schizophrenia‘.

Isabella kemudiannya dihantar ke Colorado Mental Health Institute of Pueblo untuk menjalani perubatan dan menghabiskan sisa hidupnya disana.

 

Sumber : DanverPost, DailyMail, MurderPedia

 

Baca: ‘Aku nak dia terus membesar’ Lelaki Mengaku Bunuh Isteri Sebab KETAGIH Dengan Kegemukan Melampau

Capture 18

Sumber: Daily Mail
Sumber: Murderpedia
Sumber: MurderPedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.