in

DBKL Rancang Tutup Jalan TAR Setiap Hari Ahad Bermula 28 September Sebab Nak Budayakan Amalan Jalan Kaki

Fwrgf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Budaya berjalan kaki seharusnya diterapkan kepada rakyat Malaysia kerana terdapat banyak kebaikan melalui aktiviti tersebut. Walaupun negara kita bercuaca panas, ia bukanlah satu alasan untuk kekal sihat dengan mengamalkan budaya yang sihat ini.



DBKL rancang tutup jalan TAR setiap hari ahad

Bagi meningkatkan budaya berjalan kaki ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bercadang untuk menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dikenali sebagai Jalan TAR, untuk semua kenderaan pada setiap hari Ahad bermula 28 September ini.

Img 20200628 Wa0004

Seperti kita tahu, Jalan TAR ini pasti meriah apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri dimana semua umat Islam di Malaysia berpusu-pusu untuk membeli kelengkapan hari raya pada setiap tahun.

Nak galakkan budaya berjalan kaki

Menurut Harian Metro, cadangan itu untuk menggalakkan budaya berjalan kaki dalam kalangan masyarakat terutamanya warga kota di Kuala Lumpur terus mengamalkan gaya hidup sihat ketika berhujung minggu bersama orang yang tersayang.

Dimaklumkan juga, DBKL sedang melakukan sesi libat urus dengan pihak di kawasan terbabit iaitu sepanjang simpang Jalan Esfahan sehingga ke Jalan Tun Perak bermula 6 pagi sehingga 12 tengah malam. Ia bertujuan bagi membolehkan penutupan jalan itu direalisasikan.

Banyak program dan inisiatif akan dirancang

Kerajaan juga akan berusaha untuk menaik taraf infrastruktur pejalan kaki di Kuala Lumpur dan pelbagai program pengisian turut dirancang termasuk persembahan pemuzik jalanan, persembahan seni kreatif serta program sukan tradisional.

DBKL juga dalam melakukan perancangan yang teliti untuk melaksanakan perkara yang sama di persimpangan Jalan Pudu sehingga ke persimpangan Jalan Bukit Bintang.

“Jangan risau, keselamatan anda dijamin. Galakkanlah amalan berjalan kaki.”

Malaysia antara negara yang rakyatnya malas berjalan kaki

Sebelum ini, tular sebuah media yang mengeluarkan statistik berkenaan kedudukan negara yang paling malas berjalan kaki di dunia.

Melalui statistik tersebut, Malaysia merupakan negara ketiga dimana rakyatnya malas untuk berjalan kaki dengan purata 3,963 langkah sahaja sehari setiap satu orang rakyat Malaysia.

Screenshot 2022 08 11 At 7.11.59 Pm

Bagus juga inisiatif kerajaan kita ni dalam menggalakkan rakyat untuk berjalan. Jom semua kita kekal sihat dengan berjalan kaki 10,000 langkah setiap hari seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia!

Baca: Lagi Seminggu Nak Bertunang, Mak Mentua Tak Restu Sebab Menantu Tak Kerja Kerajaan

Screenshot 2022 08 11 At 7.15.45 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.