in

Lagi Seminggu Nak Bertunang, Mak Mentua Tak Restu Sebab Menantu Tak Kerja Kerajaan

Sjhfg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah percintaan sememangnya ada pahit dan manis. Pelbagai kisah yang kita boleh dengar  dan ada juga yang boleh dikatakan sedih dan tak disangka sesetengah hubungan yang telah dibina lamanya terhenti di tengah jalan.


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang telah ditolak cinta oleh teman wanitanya dan juga bakal ibu mentuanya sendiri.

Ingat nak buat kejutan dekat bakal tunang, rupanya diri sendiri kena kejutan dulu!

Video berdurasi 16 saat yang telah dikongsi di laman TikTok Ammar Izzuddin (@malikul_ammar) yang menunjukkan situasi lelaki tersebut menunggu ketibaan bakal tunangnya yang baru pulang dari Mesir.

Video tersebut boleh dilihat dia sedang memegang sejambak bunga dan kepingan kertas yang bertulis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai tanda suprise kepada bakal tunangnya.

Namun, apa yang diharap tidak terjadi. Bakal tunangnya pula yang buat kejutan terlebih dahulu kepada dia.

@malikul_ammar

tak sangka jadi macam ni #curang #pilihkasih #fyp @akademinikah.com

♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

Ibu mentua tak restu sebab bukan kerja kerajaan

Kejutan yang tak disangka, dia terkedu seketika apabila mendapati bahawa teman wanitanya telah berubah fikiran untuk membatalkan pertunangan yang akan dilangsungkan seminggu sahaja lagi.

Tangkap layar perbualan di Whatsapp juga telah ditunjukkan di dalam video tersebut menyebut alasan teman wanitanya menolak cintanya kerana mak mentua nya tidak restu hanya kerana dia tidak kerja kerajaan.

“Saya rasa mungkin sampai takat sini ja kowt hubungan kita. Saya rasa mak tak redho kita laa sebab dia nak yang keje kerajaan gaji besar.”

Segala persiapan juga telah dilakukan namun kisah percintaannya terhenti di tengah jalan atas sebab tidak dapat restu bakal ibu mentuanya.

“Saya dah belikan baju dan sediakan semua dah untuk awak.”

Dah jumpa calon lain yang kerja kerajaan, terus kena block

Lebih menyedihkan apabila teman wanitanya mengatakan bahawa seorang kerani yang berkerja di sektor kerajaan akan meminangnya tidak lama lagi.

Malah, selepas itu lelaki tersebut kena block oleh teman wanitanya dan berakhir segala pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang mereka bersama.

“Mungkin ini ketentuan tuhan yang dah aturkan pertemuan kita.”

Netizen luah simpati, semoga jumpa jodoh yang lebih baik

Video tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan mendoakan supaya lelaki tersebut dipertemukan jodoh yang lebih baik.

Screenshot 2022 08 08 At 1.45.47 Pm

Ada juga yang menafikan gaji kerajaan besar seperti yang dikatakan oleh teman wanitanya.

Screenshot 2022 08 08 At 1.46.33 Pm

Screenshot 2022 08 08 At 1.46.43 Pm

Semoga abang kita ni dipermudahkan segala urusan dan kekal tabah dalam menghadapi kisah percintaan.

Baca: Wanita Kongsi Kisah Ditinggal Tunang Di Hari Bahagia Lepas Disuruh Ibu Hanya Sebab…

Screenshot 2022 08 08 At 1.47.57 Pm

 

 

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.