Bila sentuh isu politik dan hal sensitif macam komunis serta lain-lain, mesti ramai yang tak puas hati dan mulalah nak mengecam. Namun tindakan seorang lelaki yang berpangkat datuk ni agak memalukan kerana dia dikatakan menjatuhkan maruah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Liew Chin Tong.
Menerusi perkongsian di Twitter, tersebar status berbaur fitnah tersebut yang menuduh Liew sengaja memakai pakaian seragam komunis di hadapan tentera Melayu. Seriusss ah!
Abang Mat, TUDM pun pakai baju ni. Takkanlah baju komunis?
Untuk melawan hujah datuk di atas, seorang netizen telah menerusi siri thread telah explain mengapa baju yang dipakai YB Liew tu bukan baju komunis. Lebih mengejutkan, Mat Sabu juga pernah pakai baju warna khaki ni dan TUDM juga pernah jadikan warna ini sebagai seragam rasmi sebelum tahun 1995. Ish, ish!
Baju korporat warna sama jadi pilihan Najib Razak dan Rosmah untuk sambutan Hari Kebangsaan 2017
Pada 2017, ternyata warna pilihan yang sama juga dipakai oleh Datuk Seri Najib dan isterinya, Rosmah untuk menyambut Hari Kebangsaan 2017. Tak ada isu pun kan?
“Warna ‘khaki’ tak ada kena mengena dengan komunis, ia di pilih untuk uniform tentera merata dunia.”
Setelah mendapat kecaman bertubi-tubi di media sosial, Liew meminta datuk terbabit yang juga Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk menarik semula tuduhan liar yang dilemparkan terhadap timbalan menteri.
Liew juga menjelaskan baju tersebut merupakan baju korporat ‘bush jacket’ (Tun M pun selalu pakai bush jacket ni) yang disediakan Kementerian Pertahanan untuk majlis rasmi tetera macam lawatan ke Kem, Pos Keselamatan dan lain-lain. So korang kat luar sana janganlah salah anggap…
Rata-rata netizen yang celik mengenai isu ini, mengecam tindakan datuk tersebut dan netizen lain yang hanya menerima bulat-bulat berita viral yang disebarkan di media sosial.
Make sure check sebelum share ye!