in

Henti Memfitnah! Tun M Tak Jatuh Tersungkur Tapi…

Tun M Jatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan! Semalam tular beberapa keping gambar yang menunjukkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan jatuh tersungkur selepas selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negara semalam (22 Ogos). 


Drmup
sumber: the star

Antara mesej yang viral di media sosial mengatakan Perdana Menteri tersadung di masjid kerana beliau ‘penat atas pelbagai sebab’, lapor mStar.

Walau bagaimanapun, mesej tu rupa-rupanya berita palsu lepas pegawai yang rapat dengan Tun M menafikannya dan menyifatkan berita ni sebagai ‘propaganda’. Ish, ish, ish…

“Beliau tak terjatuh… beliau sihat,” kata sumber kepada The Star.

Tun1
sumber: mstar

Gambar yang diperoleh daripada penulis blog Minaq Jinggo tu jugak katanya dengan sengaja telah diterbalikkan dan turutan sebenar gambar menunjukkan Tun M sedang cuba untuk bangun lepas selesai tunaikan solat. Laa biasalah orang berumur nak bangun agak susah sikit lepas duduk lama-lama kan?

Dr Mahathir Aidil Adha L8760692
sumber: minaq jinggo
Dr Mahathir Aidil Adha L8760725
sumber: minaq jinggo
Dr Mahathir Aidil Adha L8760752
sumber: minaq jinggo

“Gambar-gambar tersebut bermaksud untuk menceritakan kepada dunia bahawa PM7 (Perdana Menteri ketujuh, Dr Mahathir) berupaya untuk bangun sendiri tanpa bantuan.

“Beliau masih cukup bertenaga untuk melakukannya walaupun hanya rehat yang sedikit selepas kunjungannya ke China,” komen Minaq Jinggo, jurugambar veteran mengenai isu ni.

Susulan isu ni, diharapkan pengguna media sosial hentikanlah buat fitnah atau sebarkan berita tak benar mengenai Perdana Menteri kita ini. Doakan Tun M sihat selalu okay? 

Baca: Tun M Menangis Depan Ulama

Tun M Ulama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.