in

Datin Seri Rosmah Mansor Terima Anugerah Tokoh Wanita, Mahu Rakyat Contohinya

Rosmah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada sambutan Majlis Minum Petang Ulang Tahun ke-48 Majalah Wanita yang berlangsung 10 Ogos lalu, isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menerima Anugerah Tokoh Wanita atas sumbangan beliau kepada pembangunan sosioekonomi dan kualiti kehidupan rakyat khususnya untuk wanita dan kanak-kanak.


Rosmah Tokoh2
sumber: utusan

Menurut Utusan, majlis penganugerahan yang diadakan di Dewan Besar Utusan Melayu itu disampaikan oleh Pengarah Utusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas.

Datin Seri Rosmah Mansor yang dikenali dengan sifat mulia dan ramahnya telah menerajui pelbagai persatuan termasuk Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Beliau juga turut aktif dalam Kempen Tabung Hari Pahlawan, Persatuan Malaysia (BAM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN). Pada majlis itu, beliau turut mengetengahkan idea untuk mengilhamkan Program Permata Negara yang berteraskan ‘setiap anak permata negara’ khusus untuk generasi muda akan datang. Bagus inisiatif yang diusulkan!

Rosmah Tokoh1
sumber: utusan

Rosmah meluahkan perasaan terharunya dan berbesar hati di atas penghargaan yang diterimanya.

“Penglibatan saya dalam Program Permata Negara serta program-program berkaitan wanita sememangnya amat dekat di hati saya. Sesungguhnya, penglibatan ini lahir dari hati yang ikhlas untuk menabur jasa bakti kepada generasi muda kita yang menjadi perintis kepada kepemimpinan negara. Saya berharap penganugerahan ini juga akan memberi perangsang kepada wanita-wanita lain untuk menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.”

Betul tu! Kalau semua contohi sifat mulia dan baik hati Datin Rosmah pasti nasib generasi muda akan datang terjaga dan terbela.

Baca: Gambar Rosmah Mansor Kena Crop Oleh Portal Berita Terbesar di Arab Saudi

Rosmahh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.