in

“Daripada duk buat dosa fitnah” – Ifa Raziah ‘Offer’ RM200k Kalau Boleh Tunjuk Bukti Dia ‘Potong Usus’

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, nama Ifa Raziah menjadi sebutan netizen selepas gambar bersama doktor pakar bedah Gastrointestinal dan Bariatric menunjukkan penyanyi ini berjaya turunkan badan sebanyak 7kg dalam masa dua bulan sahaja!


Melihat kepada kepakaran Dr Nik ini, ramai yang menuduh Ifa telah mendapatkan pembedahan potong usus bagi mencapai berat badan ideal dan bukannya dengan menggunakan produk detox yang dijualnya.

Menjawab persoalan netizen, Ifa telah menawarkan sejumlah wang berjumlah RM200,000 kepada mana-mana individu yang boleh kemukakan bukti dia telah melakukan rawatan tersebut.

Tawaran peraduan memenangi 200k secara tunai masih lagi berlangsung sehingga 8hb Disember 2021. Miss Diva masih menanti panggilan dari warganet yang duk menyebarkan fitnah mengenai Miss Diva kononnya memotong usus untuk kurus dan cantik.

“Seperti yang Miss Diva janjikan barang siapa dapat memberikan bukti yang kukuh kononnya Miss Diva melakukan potong usus atau bariatrik. Jangan takut Miss Diva takkan propa pun tawaran wang tunai 200k.”

Bukan itu sahaja, Ifa juga turut memuat naik video bersama Dr Nik menerangkan yang dia sebelum ini memang ada membuat pembedahan bersama doktor pakar tersebut tapi bukan potong usus yang disebut-sebut netizen.

Dalam video tersebut, Dr Nik menjelaskan Ifa telah menerima rawatan acid reflux daripadanya ekoran masalah yang dihadapi oleh penyanyi ini.

Sementara itu menerusi Instagram peribadinya, Ifa Raziah masih menawarkan wang tunai berjumlah RM200,000 ini kepada orang ramai yang dapat membuktikan perkara sebaliknya sebelum 8 Disember ini.

Ish, pandai-pandai je korang ni buat cerita…

 

Baca: “Bertalu-talu Miss Diva dapat Whatsapp” – Kecoh Isu Pilih Vaksin, Beberapa Hospital ‘Offer’ Pfizer Untuk Ifa Raziah

Screenshot 2021 12 07 At 2.45.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.