Smooth like butter ~
Kumpulan K-Pop paling hangat abad ini, BTS bakal bertemu dengan Presiden Joe Biden pada hari Selasa ini. Dalam sebuah kenyataan daripada White House, lawatan tersebut bertujuan membincangkan penglibatan serta wakil Asia dan menangani jenayah anti-Asia di Amerika Syarikat (AS).
Kunjungan kumpulan yang dicalonkan dalam anugerah Grammy itu akan dilangsungkan beberapa hari selepas Biden pulang dari lawatan pertamanya ke Asia sebagai presiden, termasuk lawatan tiga hari ke Seoul dan pertemuan dengan Presiden Korea Selatan yang baru, Yoon Suk Yeol.
BTS telah menembusi ruang radio dan media antarabangsa dengan lagu-lagu seperti “Butter” dan “Dynamite” dan peminat mereka, yang menggelarkan diri mereka sebagai “Army,” merangkumi seluruh pelosok dunia.
K-pop supergroup BTS is coming to the White House next week pic.twitter.com/muC8CJyOeQ
— Betsy Klein (@betsy_klein) May 26, 2022
Tahun lepas, ketika siri jenayah kebencian anti-Asia di AS sedang meledak, termasuk tembakan di kawasan Atlanta, BTS berkongsi mengenai pengalaman mereka sendiri dengan diskriminasi.
“Kami mengimbas kembali detik-detik ketika kami berdepan diskriminasi sebagai orang Asia. Kami telah menanggung makian tanpa sebab dan diejek kerana penampilan kami.
Kami juga ditanya mengapa orang Asia bercakap dalam bahasa Inggeris,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang mendapat retweet lebih 1 juta kali.
Mereka juga berkata, kesakitan dan penindasan yang dialami itu itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Peningkatan jenayah anti-Asia dan permusuhan terhadap warga Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik (AAPI) berlaku ketika dunia sedang berperang dengan Covid-19.
Lebih 10,000 insiden kebencian terhadap orang AAPI telah dilaporkan kepada organisasi advokasi Stop AAPI Hate antara 19 Mac 2020 dan 31 Disember 2021.
Sumber: CNN
Padulah BTS!
Baca: Selepas Joe Flizzow, Snoop Dogg Akui Akan Berkolaborasi Dengan BTS Untuk Lagu Baharu