Siapa tak suka dapat ‘surprise’ waktu birthday kan? Memang gembira tak terkata lagi-lagi bila dapat dari orang yang tersayang.
Baru-baru ini tular satu video di Tiktok seorang perancang kejutan buat ‘surprise’ hari lahir kepada seorang wanita kelainan upaya di Cheras.
Perkongsian video dari ratubarber.bouquet semalam yang mendapat lebih 17 ribu tontonan dengan lebih 1000 likes serta 28 share di Tiktok menceritakan yang seorang wanita kelainan upaya dapat ‘surprise’ jambangan coklat dan sebiji kek dari keluarganya sempena hari lahir.
“Penerima yang paling special.”
Dalam video tersebut, wanita itu nampak betul-betul gembira dan terharu bila dapat ‘surprise’ tersebut. Siapa je tak happy kan dapat surprise?
Lepas bagi jambangan itu, penghantar ‘surprise’ itu bacakan ucapan yang dikirimkan oleh keluarga wanita kelainan upaya itu.
Namun, suasana bertukar sebak lepas dengar ucapan yang dibacakan tersebut sampai menangis wanita itu. Kalau korang tengok video tu pun korang menangis jugak kot.
” Terima kasih atas segala pengorbanan along selama ini, sanggup tinggalkan kampung untuk mencari kehidupan yang lebih nyata. Pengorbanan along dari kami kecil sampai sekarang along tetap berjuang untuk adik-beradik.”
Netizen pun sebak
Di ruangan komen, ramai yang beri reaksi yang diorang pun sedih bila tengok wanita itu sebak bila dengar ucapan dari keluarga dia. Ada juga yang mendoakan semoga perniagaan wanita itu bertambah maju dan dimurahkan rezeki.
Korang kena bersyukur tau bila dapat ahli keluarga yang baik ni. Ada keluarga yang baik ni pun dah kira rezeki kita tau.
Sumber: ratubarber.bouquet