in

“Kami cuma idam Myvi 2nd hand” – Baru 18 Tahun, Suami ’Surprise’kan Isteri Bagi Mustang Masa Hari Perkahwinan

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak nak pasangan yang setia susah senang bersama kan?


Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, Yuni telah kongsikan video menyentuh hati bila suaminya telah buat kejutan di hari perkahwinan dorang dengan menghadiahkan kereta mewah, Ford Mustang.

Dalam video tersebut, dapat dilihat mata Yuni telah ditutup sementara kawan-kawannya iringi dia ke luar untuk bertemu dengan suaminya. Bila suaminya buka penutup mata dan minta Yuni pusing ke belakang, Yuni terus menangis dan peluk suaminya bila dia tengok suami hadiahkan kereta mewah.

@ayunieso24

Tq suami , supprise kan MUSTANG pd hari perkahwinan kita hari ni , walaupon usia kita baru 18 tahun! Nt yuni akn cerita mcm mana kami capai tahap ni

♬ original sound – ayunieso

“15 hari lepas kami cuma idamkan MYVI secondhand sahaja”

Yuni kemudiannya memuat naik satu lagi video menceritakan bagaimana dia dan suaminya mampu untuk membeli kereta mewah tersebut.

Katanya, sebelum ini dia dan suaminya hanya mengidam nak beli kereta Myvi secondhand dan duit dorang hanya cukup-cukup untuk teruskan perkahwinan.

Screenshot 2021 03 16 At 1.20.24 Pm

Tak cukup dengan itu, dorang tak pernah miliki motor atau kereta sendiri dan hanya pinjam kenderaan dari ahli keluarga, lagi-lagi umur dorang baru 18 tahun.

Pun begitu, Yuni dan suaminya tetap terus bekerja keras dan mula menceburkan diri dalam perniagaan menjual susu kambing.

Rezeki nak kahwin agaknya, 15 hari sebelum berkahwin, perniagaan pasangan ini meletup dan hasilnya dorang dapat banyak duit lepas berjaya jual lebih 30,000 unit susu dalam masa kurang dari tiga minggu.

Pun begitu, Yuni tak sangka yang suaminya ini akan belikan kereta untuknya lagi-lagi kereta mewah macam Mustang.

Screenshot 2021 03 16 At 1.20.13 Pm

Tiga hari sebelum perkahwinan, suaminya ajak Yuni untuk test drive Mustang, namun dia masih tak tahu yang dia akan jadi pemilik kereta tersebut.

Keesokan harinya, tanpa pengetahuan Yuni, suaminya terus ke kedai yang sama balik dan beli Mustang dengan wang tunai. Fuh gempak!

Screenshot 2021 03 16 At 1.20.06 Pm

Tambah Yuni, dia tak sangka yang dia dan suaminya mampu untuk beli kereta mewah ini di usia 18 tahun dan penat lelah dorang akhirnya membuahkan hasil.

@ayunieso24

“Jangan takut kawin pada usia muda, insyallah rezeki ALLAH da tetapkan untuk kita “. Korang nak tahu ke siapa SIFU yuni ?

♬ original sound – ayunieso

Wow, tahniah!

 

Baca: [Video] Gadis Sedih Kena Kuarantin Semasa Birthday, Terperanjat Dapat Kejutan Frontliners Pakai PPE Datang Bawak Kek

Screenshot 2021 03 16 At 1.28.10 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.