Sedih Lihat Banjir Di Malaysia, Sajat Kirim Duit Kepada Emak Untuk Bantu Mangsa

Tambah ke Sumber Pilihan
Sedih Lihat Banjir Di Malaysia, Sajat Kirim Duit Kepada Emak Untuk Bantu Mangsa

Meskipun kini sudah berada jauh di Australia, usahawan kosmetik penuh kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat masih lagi mengambil tahu isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia meluahkan rasa sedih dengan bencana banjir yang menimpa negara kelahirannya dan berharap dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


“Jika Sajat masih di sana, mesti sajat and team dah turun padang…” 

Sajat dalam posting itu juga memberitahu, jika dia masih berada di Malaysia, sudah pastinya dia turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Walau bagaimanapun, memandangkan situasinya yang kini bermastautin di Australia, Sajat katanya telah mengirimkan wang bantuan kepada emaknya untuk diagihkan kepada mangsa yang memerlukan.

https://www.instagram.com/p/CYG_cEShYKU/

“Saya berduka apa yang terjadi pada Malaysia… terutama negeri yang mengalami mangsa banjir. 

“Jika Sajat masih di sana, mesti Sajat and the team dah turun padang sama membantu kepada mangsa banjir. Walaupun Sajat jauh sekarang, tetap Sajat berikan sumbangan dari jauh.

“Kiriman bantuan Sajat dari jauh buat mangsa banjir telah Sajat berikan wang itu kepada mak Sajat untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Video ini adalah video lama. Sajat just naikkan balik buat kenangan kita bersatu membantu antara satu sama lain,” tulisnya.

“Buatlah kebaikan selagi mampu” 

Perkongsian dari Sajat itu telah mendapat pelbagai komen positif yang mana netizen mendoakannya murah rezeki dan ada juga menasihatkannya pulang ke Malaysia jika masih rindu akan negara kelahirannya ini.

Datuk Seri Aliff Syukri juga dilihat meninggalkan komen dengan memberi pesanan supaya dia terus membuat kebaikan walau di mana dia berada.

Sajat KomenSumber: Instagram

Admin rasa Sajat ni masih lagi sayangkan Malaysia dan rindu nak pulang ke sini. Harap terbukalah hati Sajat untuk kembali ke pangkal jalan. 

Baca: Pembida Aset Sajat Masih Gagal Dikesan, Harta Sajat Akan Dilelong Sekali Lagi!

Sajat Bida Rumah

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Sedih Lihat Banjir Di Malaysia, Sajat Kirim Duit Kepada Emak Untuk Bantu Mangsa
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sedih-lihat-banjir-di-malaysia-sajat-kirim-duit-kepada-emak-untuk-bantu-mangsa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM