in

Dalam Satu Hari Dua Kali Dia ‘Sauk’!

Penyamun Dalam Negeri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dalam Satu Hari Dua Kali Dia 'Sauk'!
Loading
/

Hati-hati gais terutamanya korang yang bertugas sorang diri kat kedai! 


Pagi ni (12 September) viral video di Facebook menunjukkan dua lelaki menyamun kat sebuah kedai dobi di Bandar Puterijaya berhampiran Klinik 1Malaysia dengan menggunakan parang sebagai senjata.

Menerusi video tu, dilihat seorang lelaki terlebih dahulu masuk ke dalam kedai dobi tu dan berpura-pura melihat keadaan sekeliling. Dia kemudian mengangkat parangnya yang disorok kat belakang badan dan cuba attack seorang wanita bertudung yang duduk kat bangku menunggu di dobi tu. 

Parang
sumber: facebook

Lepas bergelut beberapa saat, datang lagi sorang suspek yang paksa mangsa beri barang kemasnya dan beg tangan untuk dibawa lari. Tengok video aksi penyamun ni kat bawah.

Ingatkan satu je jenayah yang dibuat dua lelaki ni, tup-tup viral lagi satu video mereka menyamun sebuah kedai yang tak pasti di mana namun menggunakan modus operandi yang sama dalam satu hari!

Suspek macam biasa acu parang ke leher mangsa untuk mengeluarkan wang di dalam peti dan lepas beberapa saat kawannya datang untuk membantu dan membawa lari duit yang mereka curi.

Rompak
sumber: facebook

Kes ni mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan penyamun. Ada yang agak penyamun ni mungkin kaki hisap dadah kerana nampak terdesak dan terlampau berani.

Komen 1

Die1
sumber: facebook

Apa-apapun sehingga kini, masih belum ada berita lanjut mengenai dua kes samun ni. Netizen jugak berharap dua lelaki ni cepat-cepat ditahan memandangkan wajah mereka berdua pun dah viral kat media sosial sekarang.

41503558 274981123324983 3917659560122253312 N
sumber: facebook
41731730 274981163324979 7091877667334520832 N
sumber: facebook

Kalau sihat tubuh badan, elok bekerja dari buat benda haram macam menyamun ni. Semoga suspek ditangkap dengan segera. 

Baca: [VIDEO] Tak Sampai 20 Minit, Perompak Pecah Rumah Bawa Lari Barang

Baca 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.