“Dalam rumah tangga, jangan jadikan Nabi sebagai contoh” – PU Amin Tegur Sikap Peguam ‘Hina’ Nabi Tak Adil Dengan Isteri-Isterinya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sepatutnya lagi tinggi ilmu seseorang itu, lebih bijaksana ayat-ayat serta pandangan yang dilontarkannya. Namun nampaknya tak semua orang macam tu. Adakalanya kita pun tak mengerti bagaimana seseorang boleh ada pemikiran macam tu.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik PU Amin di Facebook, beliau telah menegur tindakan seorang ‘peguam’ yang telah mengeluarkan pandangannya yang seakan-akan menghina Nabi Muhammad SAW. 

 

“Saya cakap terang-terang kat encik suami, dalam bab rumah tangga, jangan jadikan Nabi sebagai contoh” 

Terkejut dan terkedu admin sebenarnya lepas membaca posting peguam ini. Menurutnya, dia telah ‘warning’ suaminya awal-awal supaya tidak menjadikan Nabi sebagai contoh suami kerana dia tidak suka dengan perkara yang telah dilakukan Rasulullah terhadap isteri-isterinya.

Sumber: Facebook

 

“Dia mungkin banyak sangat baca buku sehingga dia pun tak faham sikap dan perbuatan Nabi Muhammad SAW itu sendiri” 

Posting tersebut kemudian ditegur oleh pendakwah terkenal, PU Amin yang berpendapat peguam tu mungkin tak faham sikap dan mengapa Nabi membuat perbuatan yang dinyatakan di atas.

Berikut antara penjelasannya mengenai tindakan Nabi yang dikupas peguam terbabit.

Sumber: Facebook

 

“Sian ya Allah, hamba ciptaanMu ini tersalah tafsir atau akalnya sangat pendek. Bukakan pintu hatinya untuk bertaubat” 

Meskipun posting ini sepatutnya mendapat kecaman daripada netizen, namun nampaknya ramai yang berfikiran matang dengan mendoakan semoga peguam tersebut kembali ke pangkal jalan.

Sumber: Facebook

Admin rasa eloklah kita jangan mengecam peguam ini, lebih baik kita doakan yang baik-baik saja untuknya. Semoga dia tersedar dari kelancangan bicaranya terhadap Nabi junjungan Allah SWT. 

Baca: “Saya enggan solat sehingga kami bercerai” – Wanita Tuntut Cerai Tak Tahan Suami Tunjal Kepala Kejut Solat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!