Kalau di atas jalan raya, tolong bawa otak dan bukan hati yang cepat panas membara. Hal ini kerana min takut korang jadi mangsa pergaduhan jalan raya seperti yang berlaku semalam hingga mengakibatkan dua pemandu ni bertumbuk di plaza tol.
Menurut Astro AWANI, dua lelaki dilaporkan cedera dalam satu insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Tol Bukit Kiara.
Video dua lelaki bertomoi viral, berang gara-gara kerap memotong dan tekan brek
Kejadian tersebut dikatakan bermula apabila seorang pemandu van jenis Hiace dari arah Wangsa Maju ke One Utama telah dipotong oleh satu lagi pemandu yang membawa kereta jenis Mazda CX5.
Pemandu van ni mula rasa bengang dengan tindakan pemandu Mazda yang kerap menekan brek ketika berada di hadapannnya.
Tup-tup bila dah terlampau ‘hangin’ sangat, dua-dua kenderaan berhenti di Plaza Tol Bukit Kiara dan tak pasal-pasal mula bertumbuk serta menendang satu sama lain.
Berikut video yang kini viral di Twitter. Seram oi min tengok dorang bertumbuk!
https://twitter.com/BenAmirrCopyOri/status/1174127456556441601
“Bukan wife tenangkan/sejukkan/pujuk suami ke. Ni dia pulak mengapi-apikan”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut sangat terkejut dengan tindakan dua pemandu itu dan berpendapat mereka tidak patut bergaduh di tempat awam. Malah si isteri pemandu van sepatutnya menenangkan suami dan bukan mengapi-apikannya.
Lagi pulak baru-baru ni kan dah ada kes pergaduhan di jalan raya sampai akibatkan kematian. Tak serik ke?? Tu ada anak lagi dalam kereta. Haih!
Walau bagaimanapun, pengguna Twitter ada memuat naik komen isteri pemandu van yang menjelaskan hal sebenar apa yang berlaku. Suaminya marah gara-gara anaknya terhantuk kepala di bucu kereta semasa kereta hadapan kerap lakukan brek.
Kedua-dua pemandu cedera buat laporan polis
Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Ruslan Khalid telah mengesahkan bahawa kedua-dua individu di dalam video terbabit sudah pun membuat laporan polis semalam. Kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
“Seorang pemandu mengalami kecederaan di bahagian lutut dan muka manakala seorang lagi pemandu mengalami kecederaan di kepala, tangan, dan kaki,” katanya.
Pihak polis dalam masa yang sama meminta orang ramai agar bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya demi elak perkara yang tak diingini berlaku.
Bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini, korang boleh hubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Ahmad Osman menerusi talian 0111 36508678 atau ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, 03 2297 9222.
Hentikanlah sikap samseng jalanan ni… tak ada faedah pun. Kan elok kalau masing-masing saling hormat menghormati.