in

Dakwaan 13 Menteri Positif Covid-19 Adalah Palsu – DS Ismail Sabri

Is3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tular mengenai Menteri Agama Dr. Zulkifli al-Bakri disahkan positif Covid-19 dan mempunyai sejarah perjalanan yang banyak termasuk menghadiri perhimpunan menteri, keluar ura-ura mengatakan menteri lain juga turut terkena wabak pandemik ini.


Namun Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebaliknya semasa sidang media secara Facebook Live (FB Live) hari ini.

Katanya hanya seorang sahaja yang dijangkiti seperti yang diketahui umum iaitu Dr Zulkifli.

“Menteri lain berada di rumah masing-masing kerana menjalani kuarantin wajib berikutan kontak rapat dengan menteri yang positif.

“Berita yang keluar 13 Menteri Kabinet positif COVID-19. Inilah berita palsu yang tular dalam media sosial dan banyak lagi berita palsu lain.”

Pendapat min, dalam situasi pandemik ni, janganlah saling menuding jari. Sama-sama bagi kerjasama sebab pandemik ni takkan boleh kawal dengan ego dan kemarahan. Marilah jadi rakyat yang bertanggungjawab.

 

Baca : “Siapa sahaja boleh berjangkit” – Menteri Positif Covid-19, MB Perak Gesa Usah Tuding Jari Pada Ahli Politik

Cc 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.