in

“Siapa sahaja boleh berjangkit” – Menteri Positif Covid-19, MB Perak Gesa Usah Tuding Jari Pada Ahli Politik

Cc 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan berita ramai dalam kalangan ahli politik yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari berkempen semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September yang lalu.

Susulan itu, kecoh di media sosial rata-rata netizen mendakwa ahli politik adalah punca kepada peningkatan kes sehingga wujudnya tanda pagar #KlusterMenteri.


Kekecohan ini mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menyifatkan rakyat tidak sepatutnya menuding jari kepada golongan tertentu seperti ahli politik sahaja.

C 5

 

Jangan salahkan ahli politik sahaja

Beliau juga menegaskan wabak Covid-19 ini tidak mengenal darjat mahupun pangkat seseorang dan sesiapa sahaja boleh dijangkiti.

“Saya harap rakyat tidak terus panik kerana kita melihat di media sosial ada yang (terus) marah pada orang politik (apabila wabak meningkat).”

“Sebenarnya virus ini tidak memilih sama ada orang itu Presiden Amerika Syarikat atau orang biasa. Bukan salah satu golongan atau orang ini dan orang itu, ia boleh menjangkiti sesiapa pun,”

C1 5

 

Sila patuh SOP dan kurangkan aktiviti sosial

Pada masa yang sama, Ahmad Faizal menyeru orang ramai untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan mengehadkan aktiviti sosial bagi mengelak penularan wabak itu.

“Wabak dilihat tertular melalui satu kawasan ‘enclose’, jadi jika rakyat meneruskan SOP dengan menjaga penjarakan sosial, mencuci tangan dan menjaga kebersihan wabak ini boleh kita kawal.”

“Jadi, saya melihat semua perkara yang ditetapkan melalui SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini kekal buat masa sekarang,”

C2 2

Sumber: Berita Harian

 

Baca: Senarai Tempat Dikunjungi Datuk Dr Zulkifli Sejak 24 September, Orang Ramai Diminta Buat Ujian Saringan COVID 19 Jika Hadiri Ke Majlisnya

Drzul

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.