Baru-baru ini, trending di Twitter mengenai desas-desus hubungan pelakon dan pengacara, Neelofa dan PU Riz yang dikatakan hampir retak. Ramai netizen yang berkongsikan screenshots dari Instagram stories adik-beradik Neelofa yang seakan memberi hint bahawa hubungan mereka bermasalah.
Bukan itu je, ada juga yang dikatakan telah memfitnah Neelofa dan PU Riz bahawa mereka telah dikahwinkan oleh ayah kandung pelakon itu di Kelantan.
Yang lagi pelik, wanita terbabit juga mendakwa Neelofa telah terkena minyak pengasih oleh PU Riz. Katanya, Neelofa telah mengeluarkan ribuan ringgit untuk PU Riz. Memang kecoh betul media sosial waktu tu. Bukak je Facebook, Instagram atau Twitter, isu ini memang hot.
Namun, kali ini wanita yang dikenali sebagai Syamira Safiya akhirnya tampil dan memohon maaf kepada Neelofa atas tindakannya menyebarkan berita palsu tentang pelakon terbabit.
https://twitter.com/syamirasafiya02/status/1344891135622144001
Menerusi Twitter @syamirasafiya02, wanita terbabit telah memohon maaf secara terbuka dan sekali gus menarik balik kenyataan yang telah dibuat terhadap Neelofa.
Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020. Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ianya adalah tidak benar.”
Dalam permohonan maaf itu juga, Syamira mengaku permohonan maaf tersebut dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak. Sebab tu lah jangan cakap pasal benda yang tak pasti. Nasib baik tak kena saman dengan Neelofa.
Permohonan maaf secara terbuka itu juga telah dimuat naik oleh Syamira di Instagram dan di Twitter. Sebelum ini, Neelofa telah mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan yang berlegar-legar di media sosial adalah tidak benar.
Sama-sama lah kita ambik pengajaran daripada isu ni. Kalau tak pasti, jangan kongsi. Kalau kena saman, tak pasal-pasal habis beribu-ribu duit. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Neelofa dan PU Riz.
Baca: ‘Trending Nombor 1 Di Twitter, Hubungan Neelofa Dan PU Riz Ada Masalah?