in

“Dah masuk maghrib, sambung esok je” – Penunjuk Perasaan Sebabkan ‘Jem’ Teruk Terus Bersurai Lepas Ditegur Makcik

F2 Makcik Demo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini di Sulawesi Selatan, Indonesia sebuah demonstrasi mengkritik kepimpinan Presiden Joko Widodo telah dijalankan. Namun, apa yang menarik perhatian bukanlah peserta penunjuk perasaan sebaliknya kehadiran seorang wanita pertengahan umur.


Menurut CNN Indonesia, demonstrasi itu telah dianjurkan oleh sekumpulan pelajar universiti dan ia telah menyebabkan kesesakan jalan raya di Jalan Sultan Alauddin, Makassar.

Dalam kejadian yang berlaku pada Khamis lalu itu juga, ada antara mereka yang telah membakar tayar. Disebabkan jalan dah sesak selama lebih kurang lima jam, ramai pemandu lain yang tak dapat menahan emosi, mungkin sebab terlalu stres perjalanan mereka tergendala.

Makcik Demo 2

Jadi, ada seorang wanita yang menunggang motosikal datang menegur peserta demo tu dan dia mengatakan sedemikian,

Sudah azan dan dah masuk waktu solat. Sambung demontrasi hari esok sahaja ya,” katanya.

Jangan pandang remeh kuasa mak-mak ini sebab difahamkan, peserta penunjuk perasaan tersebut kemudiannya bersurai setelah mendengar teguran terbabit.

Selain itu, wanita yang sama juga menyatakan dia faham apa yang dimahukan oleh anak-anak muda tersebut, namun baginya cara ini bukanlah cara yang terbaik.

Sumber: CNN Indonesia

Baca: Penyokong Trump Menggila! Pecah Masuk Pejabat Kongres AS Untuk Protes Kemenangan Pilihan Raya Joe Biden

Makcik Demo 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.