in

Penyokong Trump Menggila! Pecah Masuk Pejabat Kongres AS Untuk Protes Kemenangan Pilihan Raya Joe Biden

Trump Gila

Sekitar jam 4 pagi waktu Malaysia (1 petang waktu AS), bangunan Capitol yang menjadi pejabat Kongres Amerika Syarikat (AS) telah diserang dan dipecah masuk oleh penyokong Presiden Donald Trump.

Menurut Berita Harian, kejadian itu berlaku selepas Trump meminta pengikutnya untuk memprotes perakuan kemenangan pilihan raya Joe Biden.

Bagi korang yang keliru apa itu Capitol, ia lebih kurang samalah macam Parlimen kat Malaysia tu. Tempat ahli parlimen bersidang tapi di US ahli kongres bersidang di sana. 

Susulan situasi genting tersebut, polis telah mengarahkan pejabat Kongres AS dikosongkan ketika penyokong Trump memecahkan sekatan keselamatan di tangga bangunan Capitol.

Polis Capitol juga mengeluarkan arahan untuk kakitangan Kongres meninggalkan bangunan Cannon dan pejabat besar lain selepas rusuhan tersebut menjadi makin tidak terkawal.

 

“Ini adalah salah. Ini bukan siapa kita. Saya sedih untuk negara kita hari ini” 

Menurut seorang anggota Dewan Perwakilan, Nancy Mace, beliau bersedih atas apa yang berlaku ke atas AS setelah diminta mengosongkan pejabat selepas berlaku rusuhan di Capitol hari ini.

Baru saja mengosongkan pejabat saya di bangunan Cannon kerana ancaman yang berdekatan.

“Sekarang kita melihat penunjuk perasaan menyerang Polis Capitol. 

“Ini adalah salah. Ini bukan siapa kita. Saya sedih untuk negara kita hari ini,” katanya yang kecewa melihat huru-hara yang sedang berlaku di AS.

 

Wanita maut terkena tembakan semasa rusuhan

Apa yang lebih menyedihkan, rusuhan keganasan di Capitol hari ini telah mengorbankan nyawa seorang wanita yang katanya telah ditembak di dada.

Menurut CNN, sekitar jam 3 petang, pihak polis dilaporkan telah mengacu pistol terhadap seseorang yang cuba memecah masuk kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, info lanjut mengenai tembakan tersebut masih belum diperolehi dan jurucakap polis katanya akan memaklumkan mengenai isu tersebut lebih lanjut nanti.

Beberapa anggota polis juga katanya cedera dalam kejadian tersebut dengan seorang telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, ahli kongres katanya akan kembali ke Capitol selepas bangunan itu selamat dan dikawal pasukan keselamatan untuk menyelesaikan tugas mereka yang tergendala – iaitu memperakui kemenangan pilihan raya Joe Biden.

Menurut Speaker Dewan, Nancy Pelosi, pihak Kongres telah bersetuju untuk bersidang pada malam Khamis ini.

Hari ini, serangan memalukan telah dibuat ke atas sistem demokrasi kita.

“Namun perkara ini tidak akan mengganggu kita daripada menjalankan tanggungjawab untuk memperakui kemenangan pilihan raya oleh Joe Biden,” katanya.

Fuh boleh tahan gila ye penyokong Trump ni. Syukur Malaysia masih aman. 

Baca: Lega Trump Bakal Keluar Dari White House, Rakyat Amerika Syarikat Raikan Kemenangan Joe Biden Dengan Meriah!

Joe