in

Dah Masuk Bulan Hantu? Ini 11 Pantang Larang Orang Cina Sepanjang ‘Ghost Month’

Pantang Larang Bulan Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berdasarkan Kalendar Lunar yang diikuti masyarakat Cina, bulan lunar yang ke-7 dalam kalendar tersebut dipanggil sebagai ‘Ghost Month’ atau bulan hantu lapar di mana pada hari pertama bulan tersebut ‘Gates of Hell’ atau Gerbang Pintu Neraka akan dibuka.


Gerbang ini membolehkan hantu-hantu atau roh mendapat akses ke dunia kehidupan kita. Roh-roh ini juga dipercayai menghabiskan bulan ini dengan melawat keluarga mereka, berpesta dan mencari mangsa.

C75878C0 0D8C 11Ed Bdff F87E361Ebb78

Pantang larang masa bulan hantu lapar 

Menerusi perkongsian pengguna Twitter Jiun Er, hari ini merupakan hari pertama bagi bulan tersebut dan kalau korang nak tahu ada beberapa pantang larang bagi masyarakat Cina pada bulan ini.

1. Tak jemur baju di luar pada waktu malam. Sebab orang dulu-dulu kata makhluk ini suka ‘bertumpang’ di pakaian.

2. Tak masuk hutan kerana takut terkena benda ‘kotor’ dan ‘mereka’ ikut balik. Tapi kalau terpaksa masuk hutan, jangan tegur atau panggil nama orang dan jangan tepuk bahu orang.

3. Pada waktu malam, elakkan daripada lalu lorong-lorong gelap kalau berseorangan. Kalau rasa nak kencing, cari tandas dan jangan kencing di tepi lorong.

4. Ada orang pantang pakai baju merah pada waktu malam.

5. Elakkan main air di pantai atau tasik.

6. Tidak ambil gambar atau selfie pada waktu malam kerana takut ‘benda’ itu masuk dalam gambar.

7. Jangan buka payung dalam rumah kerana makhluk halus suka tumpang di dalam payung. Bimbang kalau terbawa ‘makhluk’ itu di dalam payung dan kemudian terbuka pula di rumah. Ah sudah… 

8. Kalau nampak jiran Cina sembahyang letak gula-gula dan makanan tepi jalan atau luar rumah JANGAN KUTIP dan MAKAN! Kalau tersepak makanan tepi jalan, minta maaf terus.

9. Jangan bersiul waktu malam.

10. Kalau nampak angpau tepi jalan, JANGAN KUTIP.

11. Tak boleh potong kuku waktu malam, kalau nak potong sebelum waktu senja.

Ramai dah tak ikut pantang larang ni 

Menurut Jiun Er, dah ramai sebenarnya yang tak ikut pantang larang tersebut tapi bagi masyarakat Cina yang masih mempercayainya, mereka takkan memilih bulan ini untuk berkahwin kerana bimbang ia akan menjejaskan perkahwinan.

Apa-apapun pantang larang ini hanya untuk rakan-rakan kita yang berbangsa Cina sahaja dan bagi kita yang beragama Islam tak perlulah bimbang.

Cumanya kalau korang ajak kawan Chinese keluar lepak waktu malam dan dorang menolak, haa faham-faham sajalah sebab apa kan.

Baca: “Jangan puji bayi baru lahir” – Ini Antara Pantang Larang Orang Asli Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Pantang Larang

Sumber: Yahoo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.