in

“Jangan puji bayi baru lahir…”- Ini Antara Pantang Larang Orang Asli Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Feat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang Asli adalah penduduk asal di Malaysia yang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu Semang, Senoi dan Proto – Melayu. Walaupun Orang Asli dikatakan sebagai kelompok minoriti tapi pecahan suku kaumnya banyak sangat macam Temiar, Semaq Beri,Che Wong, Temuan, Batek, Kensiu dan Orang Kanaq.


Banyak kali juga kita dengar orang cakap Jakun, Batak untuk merujuk kepada individu yang ketinggalan dari segi pembangunan. Tapi mereka tidak sedar sebenarnya kehidupan masyarakat orang asli maju dengan cara yang tersendiri.

Orang Asli 2

Mereka ni dikelilingi dengan alam seperti hutan sebab pandang dunia mereka adalah alam sekeliling dan aturan yang kena dijaga. Struktur sosial mereka pon bersifat kumpulan dan diketuai oleh ketua puak yang bernama “Batin”.

Kehidupan mementingkan pelbagai aspek kerana mereka percaya adanya semangat yang hidup bersama mereka.  Tapi ramai tak sedar cara hidup mereka adalah jauh lebih baik kerana mengambil kira aspek alam sekitar dalam pelbagai cara.

 

Jangan puji bayi baru lahir sebab…

Antaranya adat yang mereka amalkan sampai adalah mengelakkan daripada memuji bayi yang baru lahir, kerana mereka risau akan didengari dan diambil oleh hantu.

Orang Asli Senoi

Sewaktu kematian, penduduk kampung juga dilarang untuk melakukan sebarang pekerjaan kerana dikhuatiri akan ditimpa malapetaka.

Bagi kanak – kanak pula bahagian telinga akan diconteng dengan kapur yang telah dijampi serta disapu arang pada bulu kening, dada dan tapak kaki untuk mengelakkan daripada gangguan hantu yang membunuh si mati.

Actually banyak lagi cara hidup orang asli yang menarik untuk korang ketahui. Lagi banyak kita faham, kita akan lebih menghargai keunikan yang ada di negara kita ni.

Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

 

Baca :“Saya tidak sengaja” – Isu Hina Orang Asli Dalam Video Promosi Syampu, Siti Sarah Mohon Maaf   

 

  Bb 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.