Satu rakaman yang dipercayai berlaku di Indonesia kini sedang tular dan mencuri perhatian ramai. Video yang dipercayai sambutan ‘Festival Hantu Lapar’ itu memperlihatkan banyak makanan di sebuah tokong yang disusun di atas meja sambil orang ramai berkerumun di hadapan tokong tersebut.
Bagaimanapun, keadaan dilihat tidak terkawal apabila sejurus sahaja pagar dibuka, orang ramai dilihat menyerbu sehinggakan ada yang sanggup panjat dan terjun dari tembok pagar tokong itu untuk masuk ke dalam.
Malah, ada yang sanggup membawa guni untuk menyimpan dan mengambil makanan yang ada serta melemparkan stok makanan itu keluar untuk diberikan kepada orang lain. Dalam sekelip mata, kelihatan meja tersebut ‘licin’ dan hanya tinggal beberapa makanan sahaja.
Artikel berkaitan : Anak Cederakan Ibu Bapa Guna Pedang Samurai, Dakwa Dikejar Hantu
Artikel berkaitan : Rumah Paling Berhantu Di Britain Akhirnya Terjual Lepas 12 Tahun Tak Laku
Perayaan hantu lapar di Indonesia…..nampak siapa hantu nya… pic.twitter.com/lbPvaWxHCH
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 28, 2026
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terkejut melihatnya sehinggakan ada yang berseloroh dengan mempersoalkan tentang ‘hantu’ yang dimaksudkan setelah melihat kerakusan yang berlaku di dalam video. Bahkan ada yang menyatakan bahawa bukan semua tempat mengamalkan cara yang sama.

Difahamkan, upacara ini merupakan salah satu tradisi masyarakat Tionghoa, Indonesia dalam menyambut Festival Hantu Lapar yang dinamakan Sembahyang Rebut. Ia memang salah satu acara dalam festival berikut selepas upacara sembahyang selesai.
Kaedahnya, makanan dan barang persembahan akan disediakan di tempat ibadat atau kawasan upacara. Masyarakat akan melakukan sembahyang untuk roh-roh yang tidak mempunyai keluarga.
Selepas upacara selesai, makanan dan barang yang dipersembahkan itu dibahagikan atau direbut oleh orang ramai dan ia adalah simbolik untuk kongsi rezeki kepada masyarakat.
Sumber : X, Perpustakaan Digital Budaya Indonesia
