in

“Dah macam pramugari” – Usaha Gadis Ini Buat ‘Presentation’ Guna Telefon Sebab Tiada Internet Dapat Pujian Ramai

3Telefon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak negara kita dilanda pandemik Covid-19, segala norma kehidupan kita berubah. Tidak terkecuali proses pembelajaran yang meliputi peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti.


Pelbagai dugaan dihadapi golongan pelajar ketika menjalani online class. Cakap pasal dugaan online class ni, min nak share satu video dari Tiktok dugaan seorang gadis ketika membuat ‘presentation’. Nak tahu apa jadi, korang boleh tengok video @nisa_rinaa kat bawah ni.

@nisa_rinaa

Dugaan Online Class #fyp #fypgakni #fypdongggggggg #foryou #beranda #foryoupage

♬ original sound – Nisa Rina IV – Nisa Rina IV

 

Dah macam pramugari

Aduhh… kesian min tengok akak kita sorang ni. Waktu nak buat presentation lah takde internet pulak. Nasib baik cepat bertindak, terus dicapainya telefon rumah, call kawan, buat presentation macam tu je. Suara tu dah jadi pramugari dalam kapal terbang dah. Takpe, demi segulung ijazah kan. Semoga berhasil!

Screenshot 2021 05 30 At 2.26.46 PmNasib baik rumah ada telefon talian tetap. Buatnya takde telefon kat rumah, parah gak weh.

Screenshot 2021 05 30 At 2.27.03 PmAmiiinnn… min pun doakan akak kita yang effort A++ ni dapat result yang cemerlang. Seronok min tengok orang doakan kejayaan orang lain.

Screenshot 2021 05 30 At 2.27.12 PmKalau min, cari jiran terus, pinjam internet. Tapi mungkin dalam kes ni kawasan tu takde internet kot. Terpaksa pakai telefon rumah

Screenshot 2021 05 30 At 2.27.31 PmDemi segulung ijazah kan. Takpe benda ni nanti jadi kenangan dengan kawan-kawan walaupun tak merasa secara depan-depan. Bukan semua orang ada experience macam ni. 

 

Baca: “Certificate Degree online” – [VIDEO] Dengar Ura-ura Nak Lockdown, Komen Student Ni Pula Buat Ramai Terhibur

Screenshot 2021 05 30 At 2.28.31 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.