Rasanya ada di antara kita ni pernah alami situasi tertinggal telefon ketika dalam tandas. Bila dah keluar baru teringat yang phone kita masih ada di dalam!
Kalau pengguna tandas sebelum ni jujur tak apalah. Tapi yang ditakuti kalau ada yang tak jujur dan telefon korang dibawa lari pulak! Selamatlah phone korang kena curi kan. Hmm sedih…
Menerusi perkongsian Ummu Ahmad di Facebook baru-baru ni, dia mengalami situasi yang sama apabila telefonnya tertinggal di dalam tandas pawagam GSC. Bila dia ke tandas tu semula untuk check… alamatnya dah lesap lah phone tu!
“Masa nak duduk baru teringat HP tertinggal dalam toilet….”
Menurut Ummu, semuanya berlaku terlalu pantas sampaikan bila dia ke toilet tadi semula, telefon tu dah tak ada! Namun mujurlah seorang staf GSC yang baru keluar dari tandas tersebut nak tolong dia.
Haa dari sini mulalah adegan kejar mengejarnya dengan ‘pencuri’ iPhone tu bila mereka dapat tahu yang rupanya telefon tu masih ada dalam shopping complex tersebut.

“Rupanya kakak yang berdiri di belakang saya menyimpan HP saya tu. Muka kakak tu dah berubah bila…”
Cari punya cari rupanya ‘pencuri’ telefon itu berhenti di depan restoran Mc Donald’s dan hanya berdiri di belakang Ummu je! Bila iPhone tersebut berbunyi-bunyi dari dalam beg kakak tersebut, apa lagi menggelabah lah dia kan?

“Alhamdulillah rezeki dapat balik phone and jumpa orang yang baguih boleh tolong”
Apa-apapun mujurlah telefon kakak ni berjaya dijumpai dan ramai puji kebaikan pekerja GSC tersebut yang sudi membantu kakak tu. Moga-moga staf tu dapat naik pangkat lah ye.

Baca: “Sihat tubuh badan, tapi malas kerja” – Cubaan Untuk Curi Motosikal Gagal Bila ‘Owner’ Datang