in

“Dah lama acik tak jumpa anak” – Sedih! Makcik Berkerusi Roda Ditinggalkan Bersendirian Di Tepi Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita tua berkerusi roda telah dibawa ke pusat perlindungan selepas dia ditemui bersendirian di Jalan Kebun, Shah Alam.


Menerusi Facebook, Lembaga Zakat Selangor telah mengesahkan kejadian ini dengan menceritakan kronologi apa yang berlaku kepada wanita tua itu.

“Kudung sebelah kaki”

Selepas mendapat laporan dari orang awam, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor telah turun ke Jalan Kebun apabila mendapat tahu seorang wanita warga emas berkerusi roda telah ditinggalkan di tepi jalan beserta lampin pakai buang dan beg pakaian.

Hasil siasatan mendapati yang wanita ini merupakan asnaf fakir Zakat Selangor dan masih mempunyai keluarga.

Namun, bila cubaan untuk menghubungi keluarga wanita ini dibuat, mereka tak berikan kerjasama yang baik dan tak ada seorang pun waris wanita ini sudi menjemputnya kembali ke rumah.

SSU terpaksa menyerahkan wanita ini ke balai polis untuk tindakan lanjut di bawah undang kuasa pihak berwajib.

Pihak polis telah cuba untuk menghubungi anak wanita malang ini dan anaknya bersetuju untuk hadir ke balai polis untuk mengambil ibunya.

Namun, sekitar jam 3 pagi, anaknya membuat keputusan tidak boleh menjaga ibunya lagi dan pihak polis terpaksa menghubungi pusat jagaan warga emas yang datang menaiki ambulans untuk membawa ibu ini ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.”

“Dah lama acik tak jumpa anak”

Ketika bercakap dengan ibu ini, SSU turut menceritakan yang wanita ini masih mendoakan yang terbaik untuk anaknya walaupun dalam keadaan seperti ini.

Dah lama acik tak jumpa anak, anak acik baik orangnya.”

Dengan kebenaran anaknya, wanita tua ini telah pun ditempatkan ke Pusat Jagaan Warga Emas dan kos akan ditanggung oleh Pihak Zakat Selangor.

Kalau korang nak tahu, ini adalah kes kedua orang tua diabaikan telah dilaporkan dalam bulan ni. Sebelum ini, seorang lelaki berusia linkungan 60-an juga telah dihantar ke pusat perlindungan selepas dia ditemui bersendirian dengan beg baju di salah satu surau di Klang.

Allahu, sedihnya… Harap-harap kebajikan dia terjaga lepas ni.

 

Baca: “Maafkan mamak ya” – Ibu Buang Anak Tepi Jalan, Alasan Banyak Buat Masalah

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.