in

“Maafkan mamak ya” – Ibu Buang Anak Tepi Jalan, Alasan Banyak Buat Masalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di media sosial negara jiran apabila gambar seorang kanak-kanak 8 tahun dikatakan didera dan ditinggalkan di tepi jalan.


Ketika ditemui kanak-kanak itu dilihat mempunyai banyak kesan luka di wajah, difahamkan dia dibuang oleh orang tuanya sendiri, malah sepucuk surat ditemui bersamanya dan ianya tertulis..

Nak, maafkan mamak ya? Terpaksa saya tinggal kan kamu di jalan, kerna saya tidak sanggup melihat kamu menderita kerana kebebdalan mu, setiap hari kamu bikin masalah, maafin mama nak. Jaga diri kamu baik-baik, ya.”

Menurut Tribun, polis telah mengambil anak malang itu untuk diberikan sedikit rawatan kepadanya. Ketika ditemukan, ada luka di bahagian pipi.

Lebih menghibakan lagi, kakinya juga turut cedera dan difahamkan kuku kakinya dicabut menggunakan pengepit. Malah rambut mangsa juga dikhabarkan dicabut secara paksa.

 

Sebab terlalu nakal, suka mencuri – Ibu bapa

Pihak polis telah berjaya memberkas kedua ibu bapanya untuk disoal siasat. Berdasarkan keterangan orang tuanya, kanak-kanak itu dilaporkan terlalu nakal dan suka mencuri walaupun sudah dinasihati.

Dia dikatakan suka mencuri di rumah-rumah jiran tetangga dan menyebabkan mereka berdua malu dengan jiran-jiiran.

Walaubagaimanapun, polis menjelaskan bahawa cara ini bukanlah cara yang betul untuk mengajar anaknya.

 

Baca : Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa

Sumber: Tribunnews
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.