Nama wanita ini mula meningkat naik bila gambar dia bersama Syed Saddiq di pejabat menteri tular di media sosial. Sejak itu, netizen mula memberikan perhatian kepada isu dari wanita ini.
Baru-baru ini, Cleopatra telah memuat naik satu video di Twitter menunjukkan dia memakai kebaya untuk ke bangunan kementerian dengan kapsyen…
Dorang bagitahu saya tak boleh pakai kebaya dalam bangunan kementerian. Tapi saya pakai jugak.”
https://twitter.com/lxcleopatraxl/status/1224201837789634562
Namun, apa yang mendapat perhatian netizen adalah bila video Cleo ini lebih fokus pada dadanya berbanding keseluruhan penampilannya.
Bukan tu je, netizen turut menyelar tindakan wanita ini kerana melanggar etika pemakaian walaupun dah diberitahu.
Menjawab kritikan netizen mengenai motif Cleopatra fokus pada bahagian dada, wanita ini berkata dia memuatnaik dua video untuk koleksi kebaya terbarunya, tapi video kedua tu yang mendapat reaksi negatif netizen.
Saya kongsi dua video koleksi Cleopatra saya tapi video kedua yang dapat perhatian. Isu dia sekarang bukan saya tapi awak.”
https://twitter.com/lxcleopatraxl/status/1224192332955652097
Baca: “Melayu dengan dengki berpisah tiada” – Cleo Jawab Semula Kecaman Netizen Cakap Dia Tak Reti Masak