in

“Dah jadi menteri pun perangai macam budak Wicet”

Apeniyb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 dah pun bermula untuk pertama kalinya semalam setelah kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. Selain kekecohan yang berlaku lepas pembangkang boikot keluar dewan beramai-ramai, ada satu lagi kisah persidangan yang jadi perhatian netizen.



Semalam merupakan kali pertama Menteri Belia dan Sukan kita Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memasuki Dewan Rakyat di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Saddiq turut berkongsi saat-saat bersejarah dalam hidupnya tu di laman Instagram. Tapi ada instastory yang dia muat naik buat ramai tak senang duduk.

Syed
sumber: instagram

Instastory itu memaparkan Ahli Parlimen pembangkang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sedang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sembrong pada sidang Dewan Rakyat.

“Inilah lelaki yang memanggil saya anak kucing sewaktu saya bertanding di Muar,” tulis Saddiq pada instastory tersebut.

Memanglah Hishammuddin pernah memanggil menteri termuda di Malaysia itu sebagai anak kucing yang baru setahun jagung bergiat dalam politik serta tidak tahu menahu isu-isu tempatan di Muar. Namun, ramai merasakan Saddiq dah boleh move on dengan isu tu dan lebih fokus kepada tugasnya sekarang.

Meow
sumber: twitter

Disebabkan instastory yang dimuat naik itu, Saddiq teruk dikutuk netizen yang rata-rata merasakan dia tak cukup matang dan tak berpegang kepada prinsip politik matang yang dicanang-canang sebelum pilihan raya.

Bagi dorang, Saddiq nampak terlalu kebudak-budakan bila muat naik instastory macam tu dan dah jadi menteri pun perangai masih macam budak Wicet.

Kutuk 1
sumber: twitter

Bila dah ramai sangat yang kutuk-kutuk dia, Saddiq tampil memberikan penjelasan kat Twitter yang dia tak berniat nak memalukan atau mencaci Hishamuddin pun. Apa yang dia buat tu sekadar nak tunjukkan yang #youthpower ni tak boleh diperkecilkan.

Bitter
sumber: twitter

Oh macam tu ke…Semoga lepas ni YB lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu yang boleh membawa kepada salah faham dan mencemarkan imej.

Baca: Bro Saddiq Bikin Cewek Indonesia Cair

Waduh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.