in

Dikesan Mengandungi Racun Perosak, Singapura Tarik Semula 2 Produk Mie Sedaap Dari Pasaran

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Agensi Makanan Singapura (SFA) telah menarik semula dua produk Mie Sedaap keluaran Indonesia iaitu Korean Spicy Soup dan Korean Spicy Chicken.


SFA dikatakan telah mengesan kewujudan ethylene oxide iaitu sejenis racun perosak ketika membuat pemeriksaan ke atas produk tersebut.

Untuk pengetahuan korang, racun perosak ini adalah jenis yang sama ditemui di dalam aiskrim Haagen-Dazs yang ditarik semula dari pasaran pada Ogos lalu.

Febgdgpayaedhkr Side

Dua produk Mie Sedaap yang terkesan ini adalah produk bertarikh luput 21 Mei 2023 bagi Korean Spicy Chicken dan 17 Mac 2023 bagi Korean Spicy Soup.

SFA mengatakan, racun perosak ini tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan. Walaupun ia tidak memberikan kesan segera jika diambil dalam amaun yang rendah, pendedahan jangka panjang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Tiada kemasukan produk terlibat direkodkan di Malaysia

Ekoran penarikan semula produk Mie Sedaap ini, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa pihaknya telah pun menjalankan semakan ke atas produk tersebut.

Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles ada diimport di negara ini. Walaubagaimanapun, tiada kemasukan produk terlibat dengan tarikh luput seperti di atas direkodkan.”

Selain itu, Dr Hisham turut menjelaskan Ethylene oxide merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membasmi makhluk perosak seperti serangga.

Kalau korang suka makan, tengok-tengoklah sikit expiry date tu, mana tahu korang beli online punya ke apa kan. Better safe than sorry omputih kata.

 

Baca: “No more timbang kilo” – Produk Kosmetik Miliki Bahan Bahaya Akan Ditarik Balik Dalam Masa 24 Jam!

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.