in

Dah Boleh Keluar Gua! Ole Sah Dipecat Jadi Pengurus Man Utd, #ThankYouOle ‘Trending’

Cover 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam semalam, Manchester United sekali lagi mengecewakan para peminat apabila kelab terhebat di dunia ini tewas kepada Watford, dengan skor 4-1.

Gol tunggal Manchester United dijaringkan oleh pemain tengah yang sering ‘diperam’ oleh pengurus dari Norway itu sendiri, Donny van de Beek.


Dengan keputusan beberapa perlawanan sebelum ini yang kurang memberangsangkan, pihak badan pengurusan Manchester United bersetuju untuk memecat pengurus Ole Gunnar Solskjær selepas satu pertemuan dilakukan pada malam Sabtu lepas.

Difahamkan, pengerusi bersama kelab ini, Joel Glazer turut bersetuju dengan pemecatan Ole sebagai pengurus kelab.

Jurulatih pasukan utama, Michael Carrick dan pengarah teknikal kelab, Darren Fletcher difahamkan bersedia untuk mengambil alih tugas sementara sebagai pengurus apabila pemergian Ole disahkan secara rasmi. Untuk rekod, kedua-dua individu ini merupakan bekas pemain Manchester United.

Meninjau di media sosial, berita ini ternyata mengecewakan peminat bola sepak terutamanya buat peminat kelab seteru seperti Liverpool, Manchester City dan Chelsea.

Manakala buat peminat Manchester United, berita ini dilihat diterima dengan hati yang terbuka dan rata-rata daripada mereka menghargai perubahan yang dibawa oleh pengurus ini di Old Trafford.

Pada ketika ini, tanda pagar #ThankYouOle sedang trending di laman Twitter sebagai tanda perpisahan kepada bekas pemain dan jurulatih kelab terhebat dunia ini.

Apa-apa pun terima kasih Ole, ikhlas daripada peminat Manchester United sejak kecil.

 

BACA: “Betul punya marah” – Lelaki ‘Koyak’ Man Utd Kalah, Terus Balik Tanpa Baju

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.