in

“Cukuplah Kak Long je gagal dalam perkahwinan” – Ucapan Birthday Bella Astillah Kepada Bakal Adik Ipar Buat Ramai Tersentuh

Ft Bella Astillah Sebak Wish Birthday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video ucapan hari jadi daripada Bella Astillah yang menyayat hati netizen kini sedang tular di TikTok sehingga meraih lebih 1 juta jumlah tontonan dalam masa sehari.


Ucapan tersebut diberikan buat teman lelaki adiknya, Didie Astillah iaitu Diniey Ng sempena ulang tahun kelahirannya.

Artikel berkaitan : “Mummy jangan kerja sampai penat nanti sakit” – Ucapan Anak Bella Astillah Buat Ramai Sebak

Artikel berkaitan : “Sumandak Sabah di China!” –  Bella Astillah Buat Ramai Terpukau Di Wuhu Shenshan Music Festival

Dalam video tersebut dilihat ramai orang terdekat memberikan ucapan hari ulang tahun kepada Diniey dan suasana dilihat begitu ceria, namun ia berubah menjadi menyayat hati apabile tiba giliran Bella Astillah.

Katanya, dia mendoakan agar adiknya sentiasa bahagia selain memuji sikap kesabaran Diniey dalam melayan sikap adiknya itu. Malah, lebih meruntun hati lagi bila Bella mendoakan  adiknya sentiasa bahagia jika melangkah ke alam perkahwinan nanti dan tidak mengalami nasib sama dengannya.

@ngdiniey

I feel so lucky to have you guys in my life. Terima kasih semua ❤️🥺

♬ original sound – Diniey Ng – Diniey Ng

“Kak long harap jangan sebelum kahwin je lah dan jangan pernah berubah sebab cukuplah kak long je gagal dalam perkahwinan. Kak long tak nak adik kak long lalui benda yang sama.”

“Diniey, kak long tak pernah minta Diniey untuk jadi orang terpaling kaya ke, cukup setia, sayang dan hormat keluarga kak long itu.”

“Kak long doakan Diniey berjaya dunia akhirat dan sentiasa dipanjangkan umur InsyaAllah.”

Ramai netizen turut merasa sebak apabila mendengar kata-kata daripada Bella Astillah itu. Untuk rekod, Bella Astillah memfailkan cerai terhadap suaminya Aliff Aziz pada Mac lalu selepas penyanyi lagu Sayang Sayang itu dicekup JAWI di sebuah kondominium di ibu kota.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.