in

“Cuba muntah tapi tak keluar” – Wanita Panik Lepas Tertelan ‘AirPod’ Disangka Ibuprofen

Tertelan Airpod

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah individu tertelan objek ini bukanlah sesuatu yang asing didengari. Sebelum ini, ada kes dimana ada individu yang tertelan berus gigi sebab terlalu mengantuk masa tengah menggosok gigi dan ada juga kes orang tertelan pin tudung. Macam-macam!


5C4Ad6082Dab17Ca19D50947F9A72605 E1637377156590

Baru-baru ini, seorang wanita dari Amerika Syarikat berkongsi detik cemas dimana dia telah tertelan sebelah AirPod miliknya selepas tersalah sangka objek itu sebagai ibuprofen, lapor New York Post.

Menerusi perkongsian Carli Bellmer,27, di laman sosial Tiktok yang kini viral, sebelum kejadian, dia sedang berbaring di atas katilnya sambil memegang pil ibuprofen 800 di tangan kanan dan sebelah AirPod di tangan kiri.

“Saya hanya sedar tak lama selepas itu yang saya telan tadi bukan ibuprofen tapi sebelah Airpod,” katanya.

Apple Asks Chinese Manufacturer To Double Airpods Pro Production Report E1637377249897
Gambar hiasan

Bellmer yang merupakan seorang podcaster dan pakar kecantikan menambah, selepas menyedari perkara itu berlaku, dia cepat-cepat cuba untuk memuntahkan AirPod itu semula namun gagal mengakibatkan wanita berkenaan panik.

Pun begitu, dakwaan Bellmer yang tertelan AirPod selepas menyangka ia adalah ibuprofen mengundang beberapa persoalan di internet. Ada pengguna media sosial yang mendakwa Bellmer sebenarnya hanya mereka cerita dan menganggap tak mungkin Bellmer tak perasan bentuk dua objek itu berbeza.

766X415 Is It Safe To Mix Ibuprofen And Aspirin 1 732X415 1 E1637377314228
Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan ada disokong beberapa pengguna laman sosial lain yang mengatakan ibuprofen 800 mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti AirPod dan mungkin ketika kejadian, fikiran Bellmer ternganggu atau dia sedang mamai.

Dalam pada itu, Bellmer ada berkongsi update terkininya dan memberitahu AirPod terbabit sudah berjaya dikeluarkan.

“Laporan x-ray mendedahkan AirPod tu sudah tiada dalam badan saya. Berkemungkinan saya berjaya mengeluarkannya semasa pergi ke tandas. Walaupun saya tak mencarinya semula, saya yakin ia sudah tiada.”

Laporan x-ray turut menunjukkan organ dalaman Bellmer tak terjejas dek tertelan objek asing berkenaan..

Sumber: New York Post

Baca: “Bateri ada 41% lagi..”- Tak Sedar Tertelan AirPods, Lelaki Terkejut Alat Masih Berfungsi Lepas Keluar Waktu Buang Air Besar

Featured 20 E1637373573996

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.