in

“Bateri ada 41% lagi..”- Tak Sedar Tertelan AirPods, Lelaki Terkejut Alat Masih Berfungsi Lepas Keluar Waktu Buang Air Besar

Featured 20 E1637373573996

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang familiar kan dengan AirPods atau earphone tanpa wayar keluaran Apple yang sememangnya popular khususnya dalam kalangan pengikut-pengikut Apple.

Tapi kisah yang admin nak kongsikan ini adalah sebaliknya.


Seorang lelaki di Taiwan yang secara tak sengaja tertelan Apple AirPod terkejut apabila mendapati ia berada dalam sistem pencernaannya.

Memetik Fox News, Ben Hsu dilaporkan tertidur dengan AirPod masih berada di kedua-dua telinganya dan bila dia bangun, lelaki itu mendapati hanya 1 AirPods sahaja berada di telinganya.

Selepas dia menggunakan tracking feature pada iPhone nya juga mendapati dia telah menelan lagi satu AirPodnya.

 

Doktor sahkan Ben Hsu telan AirPod lepas buat X-ray!

Ben Hsu kemudian bergegas ke hospital dan menjalani X-ray. Hasil imbasan tersebut jelas menunjukkan yang Airpods tersebut kini berada di dalam perutnya, meskipun dia tidak mengalami sebarang kesakitan..Whattt theeeee~

Airpod 1 Asia Wire
X-ray menunjukkan lokasi airpod dalam perut ben hsu

Doktor kemudiaannya memberikan Ben Hsu julap dan memaklumkan bahawa lelaki itu tidak perlu menjalani sebarang bentuk pembedahan.

Sebaliknya AirPods tersebut akan keluar dengan sendiri ketika lelaki itu membuang air besar.

Keesokan harinya, gajet kecil itu berjaya keluar dari perutnya semasa dia membuang air besar..Korang bayangkan sendiri macam mana dia ambik AirPods tu dari ‘pelaburannya’ itu.

Airpod 2 Asia Wire
Airpod berjaya ditemukan selepas ben buang air besar

Ben Hsu kemudian mencuci dan mengeringkan alat tersebut sebelum terkejut kerana ia boleh berfungsi dan mempunyai baki bateri sebanyak 41 peratus.

 

Sebab tu elakkan pakai earphone, contact lens semua tu lah kalau nak tidur..Bahaya!

Baca : Jijik! Lelaki Bayar Tiket Penerbangan Kelas Perniagaan Tapi Diberi Duduk Atas Muntah Lebih 10 Jam

D

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.