Baru-baru ini, kecoh di Twitter bila ada seorang individu berkongsikan lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi rap Korea Selatan iaitu Jay Park bersama dengan Joe Flizzow yang didakwa menggunakan kalimah Allah dalam lagu tersebut.
Netizen anggap perbuatan menggunakan kalimah Allah di dalam lagu tersebut sebagai perbuatan yang tidak menghormati agama Islam.
Rata-rata netizen kesal dengan perkara tersebut, lagi-lagi bila salah seorang artis tempatan iaitu Joe Flizzow turut terlibat menyanyikan lagu berjudul Mukkbang! remix yang mengundang kontroversi.
Ada juga netizen di Twitter yang siap komen suruh Jay Park bersara dari industri muzik ini dan anggap artis itu mungkin Dajjal?
Joe Flizzow beri penjelasan
Lepas viral tentang lirik lagu yang menggunakan kalimah Allah itu, Joe Flizzow tampil beri penjelasan melalui Ig Stories yang dimuat naik di Instagram miliknya semalam.
Dia menjelaskan lirik lagu yang mengundang kontroversi itu tidak membawa apa-apa maksud yang tidak menghormati Islam seperti yang dikatakan oleh netizen di Twitter.
“Korang cuba baca sepenuhnya lirik lagu tu. Fahamkan betul-betul.”
Penyanyi rap itu juga agak kesal bila ada segelintir netizen yang buat cerita dia hina Islam melalui lagu tersebut.
“Korang jangan la buat fitnah. Tak baik.”
Jay Park minta maaf kepada peminat
Melalui satu tweet yang dimuat naik oleh Jay Park semalam di Twitter, dia membuat permohonan maaf kepada peminatnya yang beragama Islam kerana tidak menghormati sensitiviti perkataan yang digunakan di dalam lagu yang dinyanyikan itu.
🙏❤️ I humbly apologize. pic.twitter.com/uOUwxzqdN0
— JAY BUM PARK (@JAYBUMAOM) May 27, 2021
Dia juga berterima kasih kepada peminatnya yang educate dia kenapa Muslim marah dan sensitif bila gunakan kalimah Allah dalam lirik lagu.
“Saya tak ada niat langsung untuk menghina mana-mana agama dan akan lebih berhati-hati selepas ini.”
Harap netizen semua dapat bersabar. Jay Park dah mohon maaf dan dia tak bermaksud nak hina agama Islam.
Sumber: Twitter, Joe Flizzow, Jay Bum Park
Baca:Penganut Kristian Dibenarkan Guna Kalimah Allah Untuk Tujuan Pendidikan – Mahkamah Tinggi KL