in

Penganut Kristian Dibenarkan Guna Kalimah Allah Untuk Tujuan Pendidikan – Mahkamah Tinggi KL

Kalimah Allah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara kini boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan agama mereka bagi tujuan pendidikan.



Menurut Harian Metro, selain daripada kalimah ‘Allah’, mereka juga dibenarkan untuk menggunakan tiga perkataan Arab lain iaitu Baitullah, Kaabah dan solat. 

Hal ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi benarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Jill Ireland Lawyers 100321
Peguam jill ireland

Dalam permohonan tersebut, Jill Ireland memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 yang melarang kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berpelembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata, arahan KDN pada 1986 untuk tak benarkan penggunaan 4 perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

“Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu ketenteraman awam,” kata Nor Bee lagi.

Baca: Viral Murtadkan Wanita Islam Di Facebook, Mahkamah Syariah Tak Dapat Buat Apa-Apa Sebab...

Murtad

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.