in

Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Jadi Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Dengan 806 Gol

1Cr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang sensasi kelab bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-806 sepanjang karier beliau dalam pertembungan dengan Tottenham Hostspurs malam tadi yang menyaksikan Manchester United menang 3-2.


Screenshot 2022 03 13 At 10.29.10 Am

Ketiga-tiga gol dari Manchester United dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Ronaldo dan ia sekaligus melakar namanya menjadi pemain dengan gol paling banyak sepanjang zaman yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Screenshot 2022 03 13 At 10.30.21 Am

Ronaldo yang masih aktif bermain bola sepak telah mencipta rekod dengan mengatasi penjaring terbanyak sepanjang zaman, Josef Bican yang mencatatkan 805 gol sebelum ini.

Screenshot 2022 03 13 At 10.27.31 Am
Statistik pada ogos 2021

Untuk rekod, ini adalah hatrick kedua Ronaldo dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan merupakan hatrick ke-59 sepanjang karier beliau. Ronaldo juga adalah penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman bersama Portugal, dengan 115 gol dihadapan lagenda bola sepak Malaysia, Mokhtar Dahari di tempat ketiga dengan 89 gol.

Sumber: CNN

Baca: “Welcome home CR7” – Cristiano Ronaldo Kembali Ke Manchester United Lepas Sedekad Merantau

Screenshot 2022 03 13 At 10.32.32 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.