in

COVID-19: Wanita Ini Meninggal Dunia Di ‘Parking Lot’ Hospital Lepas 3 Jam Tunggu Katil Kosong

Covid 19 Wanita Ini Meninggal Dunia Di Parking Lot Hospital Lepas 3 Jam Tunggu Katil Kosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tiga jam menunggu untuk mendapatkan katil, seorang ibu muda meninggal dunia di dalam kereta di parking lot sebuah hospital akibat dijangkiti COVID-19.


India E1619919159349

Lapor Metro, Jagriti Gupta, 35, menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta sebuah hospital di bandar Noida, India. Ketika kejadian, Gupta dibawa seorang rakannya ke institut perubatan itu bagi mendapatkan rawatan.

Menurut seorang saksi, dia melihat bagaimana rakan Gupta berlari sambil meminta pertolongan namun tiada sesiapa yang membantunya.

“Dia (Gupta) tidak sedarkan diri kira-kira jam 3.30 petang. Ketika itu, rakannya telah pergi ke bahagian pendaftaran untuk melaporkan Gupta sudah tidak bernafas. Kakitangan hospital kemudiannya mengesahkan Gupta sudah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan, Gupta yang juga merupakan seorang jurutera adalah antara ribuan penduduk lain di negara itu yang memerlukan rawatan segera kerana sudah dijangkiti wabak maut itu.

Danish Siddiqui India Coronavirus 2021 1 E1619919357717

Memetik MalayMail, negara India telah merekodkan 401,993 kes jangkitan terbaharu COVID-19 dalam masa 24 jam, semalam.

Jumlah kematian akibat wabak itu juga meningkat semalam dengan 3,523, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut di negara itu 211,853.

1X 1 E1619919463627

Gelombang kedua COVID-19 yang melanda negara itu  mengakibatkan banyak hospital, bilik mayat dan tempat pembakaran mayat mencecah kapasiti maksimum. Ramai penduduk di negara itu yang terdesak akibat kekurangan tangki oksigen.

Sumber: Metro, MalayMail

Baca: Tertinggi di Dunia! India Catat Kes Harian COVID-19 Lebih 314,000

Ft Indiacovid E1619917694741

Sumber: Bloomberg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.