in

Covid-19 – Semua Taska & Tabika di Johor Bahru Diarah Tutup Sementara

4Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhubung dengan pertambahkan kes Covid-19 di Johor, semua Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan pusat aktiviti kanak-kanak di Johor Bahru diarahka untuk tutup bermula 2 November sehingga 14 November ini. Keputusan ini dibuat selepas Johor Bahru diumumkan sebagai zon merah.


Menurut laporan Sinar Harian, taska dibawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan melibatkan 101 kanak-kanak manakala 7,003 kanak-kanak yang berdaftar di tabika. Secara keseluruhannya, sebanyak 269 buah taska dan tabika ditutup sementara yang melibatkan 7,104 kanak-kanak.

Screenshot 2020 10 31 At 3.30.35 Pm

Semalam, Kementerian Pendidikan mengarahkan 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru ditutup bermula esok sehingga 14 November ini susulan pengisytiharan daerah ini sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan. Sebanyak 124 buah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditutup selain 105 buah pusat jagaan harian, dua pusat aktiviti warga emas dan dua pusat aktiviti kanak-kanak.

Sebarang permakluman berhubung penutupan taska, tabika, dan pusa-pusat aktiviti seumpamanya akan diumumkan dari masa ke masa berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan mengenai pandemik Covid-19.

 

Baca: Jangka Peningkatan Kes Dalam Masa Terdekat, Johor Bahru Diumumkan Sebagai Zon Merah

Screenshot 2020 10 31 At 3.29.17 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.