in

Jangka Peningkatan Kes Dalam Masa Terdekat, Johor Bahru Diumumkan Sebagai Zon Merah

Jb6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kini Johor Bahru diumumkan sebagai zon merah.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan penularan di dalam keluarga dan tempat kerja.

Bagaimanapun, katanya keadaan masih terkawal.

“Memandangkan sebahagian besar kluster ini adalah penularan keluarga dan tempat kerja, Jabatan Kesihatan Negeri meletakkan institusi terbabit di bawah arahan pengawasan dan pemantauan di rumah.

“Keadaan semasa di negeri Johor masih lagi terkawal. Dijangkakan bahawa peningkatan kes dalam masa terdekat ini.”

Beliau berharap semua bertenang dan tidak menimbulkan panik dengan menyebarkan maklumat kurang tepat.

Setakat ini tiga kluster yang dikenal pasti di negeri ini ialah Kluster Kempas, Kluster Rinting dan Kluster Bayu. – Harian Metro

Sehingga 29 Oktober 2020, jumlah kes Kluster Kempas ialah 42 kes, Kluster Rinting mempunyai 10 kes manakala Kluster Bayu ada lapan kes.

Selain itu, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP dalam norma baharu untuk mengelakkan wabak Covid-19 daripada terus menular dalam kalangan masyarakat.

Apa-apa pun, stay safe dan patuhi SOP.

 

Baca : TERKINI: Suami Isteri PJJ Dibenarkan Rentas Negeri Zon Merah

Feat3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.