in

COVID-19 : New Zealand Ada 2 Kes Baru Lepas Hampir Sebulan Bebas Virus

New Zealand 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah mengumumkan bahawa negara mereka bebas dari Coronavirus disebabkan tiada kes baru selama hampir sebulan. Lepas ni semoga giliran negara kita pulak untuk merasai benda yang sama.  


Namun, selepas 24 hari tiada kes baru yang dicatatkan, tiba-tiba ada dua kes baru Coronavirus yang berpunca daripada dua orang wanita yang baru balik dari United Kingdom, lapor Daily Mail.

Nz 1 1

Difahamkan, dua wanita berkenaan telah sampai di negara tersebut pada 7 Jun lepas sebab nak melawat ibu bapa mereka yang sedang tenat. Mereka sebenarnya sedang dikuarantin namun enam hari lepas tu dibenarkan untuk keluar sebab parents mereka meninggal dunia.

Kedua-dua mereka kemudiannya menjalani swab test yang telah disahkan positif Covid-19.

Jadi, sekarang ni pihak yang terbabit sedang mengesan kontak rapat mereka termasuk penumpang yang berada dalam satu penerbangan yang sama.

Buat masa sekarang, sempadan negara itu hanya dibuka untuk mereka yang mempunyai urusan penting dan kesemuanya diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Nz 2 1

Sebab ni lah pentingnya kuarantin. So, kalau ada antara korang yang taknak kena kuarantin walaupun baru balik dari oversea, cuba fikir balik. 

Baca: “New Zealand Bebas!” – Ancaman Terrorist dan Gunung Berapi Bukan Penghalang NZ ‘Tewaskan’ Covid-19

Nz

Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.