in

‘New Zealand Bebas!’- Ancaman Terrorist dan Gunung Berapi Bukan Penghalang NZ ‘Tewaskan’ Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah jatuh, ditimpa tangga pula. Itu yang terjadi pada New Zealand baru baru ini. Selepas terpaksa berhadapan dengan bencana gunung berapi pada hujung 2019 tahun lalu, baru je dalam fasa pemulihan, dah timbul pasal wabak Covid-19 pula.


Namun, New Zealand di anggap berjaya tangani wabak pandemik selepas mereka mengumumkan bebas dari wabak Covid-19 setelah pulihnya pesakit terakhir mereka, lapor Berita Harian.

Dengan hanya jumlah kematian sebanyak 22 orang dan 17 hari tanpa rekod pesakit baharu, New Zealand kembali menjadi “New” Zealand

Apa yang lebih mengujakan, pada masa sama, Perdana Menteri New Zealand turut berjaya menangani kes terrorisme yang melanda Negara Pasifik Selatan itu.

” I did a little dance” menggambarkan betapa happy nya Perdana Menteri New Zealand selepas berjaya memerangi wabak itu

Tahun lepas New Zealand  turut digegarkan dengan berita serangan terrorist yang menyebabkan  sebanyak 51 kematian umat islam yang sedang menunaikan solat jumaat di Christchurch, New Zealand pada 26 Mac yang lalu.

Tapi semua perkara itu berjaya dikawal dengan tenang oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden

Tak terlepas juga KKM Malaysia menerusi Twitter rasmi mereka mengucapkan tahniah atas kejayaan New Zealand itu, dan rata rata netizen Malaysia berharap kita berjaya memperoleh kejayaan yang sama.

Tetapi New Zealand masih mengambil langkah berhati hati dengan mengekalkan sekatan perjalanan antarabangsa dan perjalanan domestik masih lagi dikawal.

 

Baca: Tak Peduli Risiko COVID-19, Ribuan Penunjuk Perasaan Banjiri White House Demi George Floyd 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.