in

Coronavirus : Pekerja Kesihatan China Tumbuk Muka Wanita Berulang Kali Sebab Enggan Buat Pemeriksaan

Punch2

Viral di China menunjukkan seorang kakitangan kesihatan menumbuk muka wanita berulang kali selepas dia enggan menjalani ujian kesihatan untuk Coronavirus.

Rakaman itu viral di media sosial Weibo dan merebak kepada platform lain.

 

Enggan buat pemeriksaan suhu badan

Menurut Daily Mail, wanita tersebut duduk diatas lantai, menengking kakitangan tersebut untuk suruh ‘berambus’. Dia kemudiannya menyerang kakitangan tersebut.

Tindakan agresif wanita itu dibalas semula apabila kakitangan tersebut tumbuk muka wanita itu beberapa kali dekat mukanya sebanyak beberapa kali.

Dalam video tersebut, kedengaran wanita lain menjerit dan menggesa orang untuk hubungi polis. Identiti wanita dan kakitangan itu masih belum dikenalpasti dan video itu dikongsikan oleh beberapa akuan lain di Weibo sehingga meraih 10 juta jumlah tontonan.

Namun begitu, dikhabarkan kejadian ini berlaku di Wilayah Sichuan, daerah barat daya China. Ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang berpihak kepada wanita itu dan ada juga berpihak kepada kakitangan tersebut.

“Jangan tambahkan lagi kekecohan masa tengah kusut macam ni! Harap pegawai tu tak kena tumbuk balik atau kena buang kerja”

“Tak sepatutnya enggan buat pemeriksaan temperature badan, tapi tak elok juga lelaki tumbuk perempuan sampai macam tu sekali.”

Untuk pengetahuan, pemeriksaan suhu badan kini boleh dikatakan satu rutin harian kepada warga China sekarang rentetan dengan penularan virus tersebut.

Wabak Coronavirus, yang secara rasmi dikenali sebagai COVID-19 ini telah meragut lebih daripada 1,116 nyawa dan dijangkiti lebih daripada 45,200 orang di 28 negara dan wilayah di seluruh dunia tetapi hampir 99 peratus jangkitan telah berlaku di China.

 

Baca : “Dia pergi mandi di tandas awam” – Pegawai Kerajaan Korea Utara Ditembak Mati Sebab Lari Dari Bilik Kuarantin Coronavirus

Ccccssss