Penularan wabak coronavirus ni buatkan ramai orang paranoid. Mana taknya, sejak penularan ni, macam-macam cerita pelik yang kita dengar, ada yang sampai membunuh sebab berebutkan barang dan ada yang sampai sanggup buat benda-benda ekstrem semata-mata untuk pastikan dorang tak dijangkiti virus maut ini.
Baru-baru ini, Sin Chew Daily melaporkan satu insiden di mana seorang wanita yang terlalu takut dijangkiti wabak yang sedang menular ini hingga dia hanguskan duit sendiri. LITERALLY!
Dikatakan, seorang wanita dari Bandar Jiangyin, China terlalu risau yang duit dalam tangannya mungkin tercemar dengan zarah Covid-19, lebih-lebih lagi lepas berita mengesahkan yang virus ini boleh hidup dalam objek tak bernyawa selama 9 hari.
Untuk langkah berjaga-jaga, wanita ini telah membuat sesuatu yang dalam logik akalnya boleh menyahkan bakteria pada wangnya. Nak tahu apa yang dia buat?
Wanita ini telah letakkan duitnya sebanyak RMB3,000 (RM1,815.60) ke dalam microwave!
Selepas menunggu duitnya untuk bebas dari virus, tiba-tiba wanita ini bau sesuatu terbakar dari dapurnya dan bergegas lari untuk mencari punca, namun bila dia tiba, dia melihat duitnya di dalam microwave dah hangus terbakar. Aduh pandainyaaaa
Wanita ini kemudiannya bawa wang-wang kertasnya yang dah hangus terbakar ini ke bank tempatan dengan harapan dia dapat tukar wang kertasnya ini. Tapi, bila pegawai bank pegang duit kertas tersebut, ada yang sampai bila genggam pun jadi abu.
Nasib wanita ini baik, dia dapat tukar duitnya yang hangus itu dengan jumlah yang memuaskan hatinya.
Nasib baik dapat tukar kalau tak, pishangggg