in

“Congratulations Ain!” – Diuji Pelbagai Tekanan, Ain Husniza Dipuji Terima Keputusan Cemerlang SPM

Untitled Design 2022 06 16T165923.961

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini pelajar-pelajar yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 menerima keputusan peperiksaan tersebut. Sudah pastinya, topik ini menjadi bualan hangat di semua laman media sosial malah, #SPM2021 trending di Twitter.


Keputusan SPM adalah permulaan akademik seseorang itu, ia juga menjadi batu loncatan untuk mereka menyambung pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.

Mesti ramai yang ingat dengan nama Ain Husniza kan? Dia merupakan seorang pelajar yang bersuara mengenai lawak lucah yang dibuat oleh gurunya ketika di dalam kelas.

Dia juga merupakan calon SPM tahun 2021 dan mengambil keputusan peperiksaan itu hari ini. Lebih menggembirakan, keputusan SPM Ain Husniza amat membanggakan walaupun terpaksa tempuh pelbagai cabaran.

Menerusi laman Twitter, Ain berkongsi keputusan peperiksaannya iaitu 7A dan 1B, sudah semestinya keputusannya itu amat membanggakan.

Malah, dalam thread yang ditulisnya, dia berkongsi pengalaman di mana dia mengalami tekanan yang teruk kerana dikecam oleh netizen. Selain itu, Ain juga berkongsi dia terpaksa naik turun balai polis untuk mempertahankan haknya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga berkongsi bagaimana dirinya pernah diberi amaran buang sekolah atas isu yang dibangkitkannya itu.

Bagaimanapun, dia telah membuktikan bahawa dia dapat memperjuangkan haknya dan juga cemerlang dalam pelajarannya.

Congrats Ain!

Baca: Lepas ‘Grad’ PhD Pada Usia 29 Tahun, Terus Jadi Pensyarah Di Korea. Wanita Cantik Ini Rupanya...

Anak Zulkifli Ismail 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.