in

Lepas ‘Grad’ PhD Pada Usia 29 Tahun, Terus Jadi Pensyarah Di Korea. Wanita Cantik Ini Rupanya…

Anak Zulkifli Ismail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak ramai yang betul-betul berminat dengan bidang akademik dan sanggup belajar sehingga ke peringkat tertinggi, tetapi bagi mereka yang benar-benar sanggup ia bukanlah satu jalan yang mudah dan pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi.


Sesiapa yang dapat melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) bukan sahaja sesuatu yang membanggakan malah orang sekeliling juga turut tumpang bangga.

Itulah yang terjadi kepada Dr Zulfati Izazi Zulkifli, si cantik yang boleh dikatakan beauty with brain ini rupanya anak kepada pelakon era 90-an yang masih aktif sehingga kini, Zulkifli Ismail dan lebih membanggakan lagi dia kini bergelar pensyarah di Hankuk University, Korea.

Ingin jadi inspirasi untuk semua gadis

Menurut majalah Nona, Dr Izazi baru sahaja tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang linguistik.

“Sekarang saya sedang berkhidmat di Hankuk University of Foreign Studies di Korea Selatan, saya mengajar kursus-kursus berkaitan Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di sini.” katanya. 

Anak sulung kepada pelakon siri Gerak Khas itu juga mengharapkan dia dapat menjadi inspirasi kepada semua gadis-gadis di luar sana untuk menggapai impian mereka.

Betul-betul beauty with brain ni! 

Baca: “Sijil degree, master, PHD nombor 2,3” – Suhaimi Saad Utama Keredaan Allah Buat Anak ‘Home Schooling’

Untitled Design 2022 06 10T164430.995

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.