Cirit-birit Selama 5 Hari, Khairul Aming Alami Jangkitan E. Coli Semasa Buat Bantuan Banjir

Jadikan sumber pilihan di Google
Cirit-birit Selama 5 Hari, Khairul Aming Alami Jangkitan E. Coli Semasa Buat Bantuan Banjir

Setelah berhempas pulas memberi sumbangan kepada mangsa banjir baru-baru ini di Kelantan, dilaporkan personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital.

Kelihatan sahabat taulan datang melawat Khairul Aming di hospital yang dalam proses pemulihan, malah ada yang berseloroh, simptom yang dialami Khairul seakan-akan dia sedang ‘hamil’.


Artikel berkaitan: Rebah Akibat Terlalu Penat, Ramai Doakan Khairul Aming Cepat Sembuh

Artikel berkaitan: Kad Bank Khairul Aming Sampai ‘Declined’, Beli Barang Untuk Mangsa Banjir Bernilai Lebih RM19K

Walau bagaimanapun, hari ini, Khairul Aming tampil menjelaskan keadaan semasa dirinya yang kini sudah pulih.

Menurutnya, dia terkena jangkitan E. coli ketika membuat bantuan banjir pada minggu lepas. Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi.

Jangkitan E. coli difahamkan boleh berlaku daripada air dan makanan yang tercemar terutamanya sayur-sayuran mentah dan daging lembu kisar yang tidak dimasak sepenuhnya.

Orang dewasa yang sihat biasanya pulih dari jangkitan ini dalam masa seminggu, namun kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang lebih tua serta mengalami sistem imun yang lemah termasuklah wanita hamil mengalami risiko yang besar untuk mengalami kegagalan buah pinggang yang boleh mengancam nyawa.

Semoga terus sihat selalu ya Khairul Aming! 

Sumber: X

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Cirit-birit Selama 5 Hari, Khairul Aming Alami Jangkitan E. Coli Semasa Buat Bantuan Banjir
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/cirit-birit-selama-5-hari-khairul-aming-alami-jangkitan-e-coli-semasa-buat-bantuan-banjir/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen