in

“Cinta sejati atau ada penyakit mental?” – Ini Kisah 3 Wanita Yang Tangkap Cintan Dengan Pembunuh Bersiri

Wanita Kahwin Pembunuh Bersiri E1644117023531

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah dengar tak term hybristophilia?


Kalau korang nak tahu, hybristophilia ni merujuk kepada mereka yang tertarik secara seksual kepada individu yang melakukan kesalahan atau jenayah. Tak kisah lah kalau orang tu pernah belasah orang ke atau membunuh sekali pun, mereka yang ada hybristophilia ni tetap akan sukakan orang tu.

Meskipun memang terdapat beberapa wanita di luar sana yang menggelar diri mereka hybristophile (gelaran untuk mereka yang ada hybristophilia), sebilangan psychologist berkata bahawa sesetengah perempuan yang mengaku ‘cintakan’ pembunuh ni sebenarnya mungkin cuma sukakan perhatian media.

Ye lah kan. Semua orang mesti bagi attention dekat penjenayah, lagi-lagi kalau penjenayah bersiri. Sesiapa yang berkait dengan mereka ni confirm terpalit ‘populariti’ sekali.

Namun begitu, ada juga psychologist yang berpendapat bahawa ada wanita yang jatuh cinta dengan pembunuh ni sebenarnya ada misi tersendiri iaitu nak ubah penjenayah ni supaya jadi orang baik – walaupun kekasih hati sebenarnya pernah bunuh ramai orang.

Mampu ke?

Jadi, hari ni admin akan kongsikan 3 wanita yang tangkap cintan dengan pembunuh bersiri terkenal.

1. Afton Burton dan Charles Manson

Charles Manson E1608442440463

Charles Manson merupakan salah seorang ketua ajaran sesat paling berpengaruh di dunia. Sangat hebat dalam memanipulasikan seseorang, Charles ni mampu untuk ‘menginspirasikan’ mereka yang disisih masyarakat supaya melakukan pembunuhan untuk dirinya.

Walaupun Charles Manson tak pernah bunuh sesiapa sendiri (selalunya dia suruh je pengikut dia buat kerja kotor ni), kes pembunuhan selebriti Sharon Tate dan enam yang lain sudah cukup untuk pihak berkuasa memenjarakan Charles seumur hidupnya.

Namun begitu, bagi seorang wanita bernama Afton Burton, Charles Manson tidak bersalah. Malah, dia rela berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua daripadanya itu.

Jarak umur 54 tahun

Afton And Charles Manson E1608441765677

“Saya mula berhubung dengan Charles semasa saya berusia 17 tahun. Saya tertarik dengan penulisannya mengenai alam sekitar. Saya gunakan kesemua wang simpanan untuk berpindah dekat dengannya supaya saya dapat melawatnya di penjara setiap hari,” kata Afton.

Meskipun ramai yang mempersoalkan motif sebenar Afton mahu berkahwin dengan Charles, pasangan itu berjaya memperoleh lesen kebenaran berkahwin pada tahun 2014. Ketika itu, Afton baru berusia 26 tahun, manakala Charles pula berumur 80 tahun.

Walaupun pasangan itu tidak pernah berkahwin atas sebab-sebab tertentu, Afton berkata dia masih sukakan Charles biarpun penjenayah itu sudah meninggal dunia pada tahun 2017.

2. Carole Ann Boone dan ted Bundy

Bundy E1608442632659

Bagi peminat siri pembunuhan, pasti nama Ted Bundy bukanlah sesuatu yang jarang didengari.

Didapati bersalah membunuh dan merogol puluhan perempuan tanpa mengira usia, jenayah kejam yang dilakukan Ted Bundy langsung tidak menghalang lelaki ini mencari cinta.

Mengambil kesempatan atas undang-undang Florida lama yang membenarkan sesuatu perkahwinan berlaku di dalam mahkamah dengan kehadiran court officers dan lamaran yang baik, Ted Bundy berkahwin dengan kekasih hatinya, Carole Ann Boone.

Love at first sight

Carole Ann Bundy

Menurut Carole, dia pertama kali berjumpa Ted semasa mereka sama-sama bekerja di Jabatan Perkhidmatan Kecemasan di Olympia, Washington pada 1974.

“Saya sukakan Ted semenjak kali pertama berjumpa. Dia seorang yang pemalu dan banyak menyimpan rahsia. Dia tidak seperti mana-mana lelaki di pejabat,” kata Carole.

Carole yang sudah dua kali bercerai mengaku dia tidak tahu mengenai jenayah yang dilakukan Ted pada mulanya. Tetapi, dia masih bertegas mahu bernikah dengan lelaki itu walaupun pada masa itu, Ted sedang dibicarakan di mahkamah atas jenayah kejamnya.

Carole Ann Boone E1608443579388

Lebih mengejutkan, ketika Ted berada di penjara tahanan akhir, dia dan Carole menyambut kelahiran anak perempuan mereka pada tahun 1982.

Berita kelahiran bayi itu menggemparkan semua dan ramai tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mempunyai anak sedangkan Ted ditahan di penjara. Ada yang kata, Carole memberi rasuah pada pengawal penjara supaya membenarkan dirinya masuk untuk melakukan hubungan seks bersama suaminya.

Walau bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada tahun 1986. Ted akhirnya dihukum mati, manakala Carole dan anak mereka pula hilang tanpa khabar berita.

3. Doreen Lioy dan Richard Ramirez

Richard Ramirez E1608443729460

Seperti Ted Bundy, nama Richard Ramirez juga sangat sinonim buat mereka yang sukakan kisah jenayah.

Digelar ‘Night Stalker’ kerana sering melakukan jenayahnya pada waktu malam, Richard didapati bersalah melakukan sekurang-kurangnya 14 pembunuhan pada tahun 1984 dan 1985.

Tak seperti penjenayah lain yang memilih mangsa berdasarkan kritirea tersendiri, Richard ni jenis yang semua orang dia ‘sapu’.

Selain membunuh, Richard juga didapati bersalah merogol wanita tanpa mengira usia dan juga pernah merompak sebilangan rumah.

Selepas ditahan pada tahun 1985 dan disabitkan kesalahan, ramai wanita yang mahu berkenalan dengan Richard. Siap hantar surat cinta lagi!

Doreen Lioy dipilih sebab sikapnya yang tak menyerah kalah

Doreen Lioy E1608444769420

Pada tahun 1996, Richard Ramirez yang kini duduk di penjara tahanan akhir telah berkahwin dengan Doreen Lioy yang bekerja sebagai seorang editor majalah.

Richard memilih Doreen daripada puluhan wanita lain selepas dia menerima 75 pucuk surat daripada wanita itu dalam masa 11 tahun.

“Dia (Richard) baik. Dia kelakar dan sangat charming. Saya rasa dia seorang yang hebat. Dia kawan baik saya,” kata Doreen dalam satu temu bual.

Baik ke kalau sampai bunuh dan rogol orang?

Namun begitu, sumber mengatakan bahawa hubungan Doreen dan Richard tidak bertahan lama. Walaupun Doreen tidak pernah mengulas isu penceraiannya dengan pembunuh bersiri itu, pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak bersua muka beberapa tahun sebelum Richard meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan.

Apa pendapat korang mengenai kisah ni? Korang rasa perempuan-perempuan ni sakit atau hanya nakkan attention?

Sumber: All That’s Interesting

Baca: Saya tak kisah mati ditangan dia” – Janda Terpikat Dengan Pembunuh Bersiri, Tak Sabar Nak Kahwin Tahun Depan

Prc 83771268 E1608441718278

Sumber: LA Times
Sumber: Daily Mail
Sumber: Britannica
Sumber: Oxygen
Sumber: Life Daily
Sumber: Celeb Info

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.